Monday, 9 November 2015

DAGING RUSA GORENG KUNYIT




Bagi Szen daging rusa ini lebih manis dan cepat empuk daripada daging lembu. Szen sekeluarga memang suka makan daging rusa dari daging lembu. Kadang-kala daging rusa ini Szen buat rendang daging atau pun buat dendeng. Memang sedap. Tapi kali ini tukar selera. Hasilnya terciptalah daging rusa goreng kunyit. Rasanya sedap teramat dan berkuah sedikit sebab suami suka yang basah-basah sedikit.


Kalau hendak kering senang aje lamakan lagi masakannya. Insha Allah kering. Patut cuba resepi ini. Bukan sahaja mudah tapi sedap teramat. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


DAGING RUSA GORENG KUNYIT
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA :-
600 gm daging rusa - dihiris nipis

DIKISAR BERSAMA :-
2 - 3 inci kunyit hidup
2 sudu besar serbuk kunyit
2 inci halia
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
10 biji Cili Padi - kalau hendak pedas tambah lagi

2 ulas bawang besar – dihiris nipis
Sayuran ikut pilihan ( kacang panjang, kacang buncis @ capsicum berwarna warni)
Cili merah - hiris nipis

Minyak secukupnya
Garam & gula

CARANYA:-

1. Daging dihiris nipis dan gaul dengan bahan kisar dan gula. Biarkan perap selama 15 minit.

2. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukup untuk mengoreng daging rusa yang telah diperap tadi. Goreng sampai keluar air daging. Tambahkan sedikit air panas untuk empukkan daging sekiranya air telah kering dan daging masih belum empuk.

3. Bila daging mula empuk masukkan garam dan kacau rata. Bila daging dah empuk biar sehingga air kering dan jangan tambah air lagi.



4. Akhir sekali masukkan sayuran pilihan, bawang besar dan cili potong. Biar sehingga layu dan siap dihidangkan bersama nasi panas atau nasi minyak.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...