Sedap, Lemak, Manis itu yang boleh dikatakan. Dua rasa
yang berbeza. Gabungan kasui dan talam. Sedap teramat bila memakan kuih ini tidak berhenti memakannya.
Lagi-lagi kuih ini mampu memikat
hati keluarga dan tetamu. Jom buat & silakan 'KONGSI'~Sharizen Kitchen.
RESIPI TALAM PANDAN KASUI GULA MELAKA
==============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:
BAHAN LAPIS KASUI GULA MELAKA (A):-
1 1/4 cawan Tepung Gandum
1/4 cawan Gula Pasir
3/4 cawan Air Gula Melaka
( Nota: Didihkan 250gm Gula Melaka dan 1 cawan air. Sejukkan)
2 cawan Santan Cair
BAHAN LAPISAN PANDAN (B):-
1/2 cawan Air Pandan (kisar 10 helai Daun Pandan dengan 1/2 cawan Air biasa dan
sukat untuk 1/2 cawan Air Pandan)
1 1/2 cawan Santan Pekat
3/4 Tepung Gandum
3/4 sudu kecil Garam
Kukusan
Loyang @ bekas 8 inci
CARANYA:-
1. Panaskan kukusan. Minyakkan bekas dan lapiskan dengan plastik lembut atau
clingfilm wrap. Dan sapukan minyak diatas lapisan.
2. Campurkan Bahan A @ Lapis Kasui Gula Melaka. Pukul rata dan tapis. Tuangkan
kedalam bekas dan kukus selama 20 minit diatas api sederhana.
3. Bila dah masak, ambil tisu dapur dan tekap perlahan diatas kuih itu untuk
buang air yang bertakung diatas kuih tersebut. Cakar- cakar dan cucukkan dan
tuang Lapis Pandan diatasnya.
No comments:
Post a Comment