Thursday, 12 November 2015

JEMPUT BILIS AIR PANAS


Jemput cuba resepi Jemput Bilis Air Panas ini. Jemputnya amatlah ringan dan garing tapi lembut didalam. Bila makan jemput ini terasa crunchy atau rangup bawang hirisannya.


Memang sedap dan patut dicuba. Resepi hebatnya disumbangkan oleh YM Raja Rozela Rasdi, sahabat Szen. Terima kasih Rozie. Jom cuba & kongsi resepi ini. 

JEMPUT BILIS AIR PANAS
==================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-

2 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis - tumbuk kasar
1 biji bawang besar - dipotong kecil
3 tangkai cili kering - dipotong kecil
Daun sup/bawang/kucai - dihiris
2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk penaik
1 1/2 cawan air panas mendidih
Minyak untuk menggoreng


CARANYA:-

1. Satukan semua bahan kering dan buat lubang ditengahnya. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat hingga sebati, adunan akan menjadi berat dan kental.

2. Ambil sedikit tepung dan sapu dipermukaan tapak tangan dan bulatkan adunan seperti bebola. Ulangi sehingga adunan habis.

3. Panaskan minyak diatas api sederhana dan masukkan bebola tadi. Goreng sehingga kekuningan dan terapung. Angkat dan toskan.

4. Enak dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama sos kegemaran.




1 comment:

  1. Slots at Casinos - MapyRO
    Top 안동 출장샵 10 Casinos in Oklahoma. Casino Name: Slots at Casinos. 전라남도 출장안마 Total number of 포항 출장샵 Players: 5. Slots 서귀포 출장마사지 will give you a 100% welcome bonus when 경산 출장샵 you log in to play on

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...