Sambal Belacan Kerabu
Mangga ini memang mudah dan ringkas buatannya. Seakan sama buatannya dengan
Sambal Belacan Goreng. Tapi rasanya berlainan teramat.
Boleh dimakan begitu
sahaja. Terliur pulak. Jom Buat. Silakan 'SHARE' ~Sharizen's Kitchen
RESIPI SAMBAL BELACAN KERABU
MANGGA
=============================
( Oleh : Sharizen Kitchen )
BAHANNYA:-
2 biji Mangga Muda - diracik @
dipotong kecil
3 biji Limau Kasturi - dibelah
dua( Nota: Perah airnya & kulitnya dihiris)
1 biji Bawang Besar- dihiris
nipis
1 sudu besar Sos Ikan ( pilihan)
Bahan Untuk Sambal Belacan:-
3 biji Cili Merah Basah -
dipotong kecil
1 biji Bawang Besar - dihiris
Segenggam kecil Belacan
Garam ikut rasa (Nota: belacan
& sos ikan terasa masin. Jadi pastikan jangan terlebih garam)
Gula ikut rasa
4 sudu besar Minyak
CARANYA:-
1. Panaskan kuali dan masukkan Minyak. Bila minyak
panas, masukkan cili merah, bawang besar, belacan,garam dan gula. Digoreng
sampai layu. Tutup api.
2. Bahan-bahan yang digoreng tadi ditumbuk atau
dikisar halus.
3.Selepas ditumbuk atau dikisar masukkan kedalam
bekas. Campurkan mangga,bawang besar, air dan kulit limau kasturi serta sos
ikan. Gaul rata. Rasa dahulu apa yang terkurang tambah garam atau gula lagi.
Ikut rasa lidah dan hati.
4. Sedap dimakan
bersama kuah kari, masak lemak, assam pedas dan apa saja. Selamat Mencuba ~
Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment