Monday, 2 November 2015

PIE AYAM INGGERIS


Pie Ayam Inggeris ni memang sedap & berkrim. Intinya boleh dibuat semalaman & disimpan didalam Petiais. Esok pagi dah boleh bakar. Kalau ada lebihan Inti Pie simpan aje difreezer dalam bekas- bekas kecil berasingan.


Samada defrost atau diletak diluar untuk nyahbeku inti ini. Resepi asal dari Azie Kitchen dan telah diubahsuai oleh Szen. Terima kasih Puan Azie atas resepi yang sedap ini. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.



PIE AYAM INGGERIS
=============
(Oleh/Ubahsuai : Sharizen Kitchen)
(Resepi Asal : Azie Kitchen)

BAHAN-BAHANNYA :-

1. BAHAN UNTUK KULIT PIE:-

1 peket besar Roti Canai Segera Brand Kawan @ Puff Pastry readymade atau buat sendiri.
Bekas Aluminium Kecil Pie @ ikut suka
1 biji Telur - dipukul untuk disapu atas kulit Pie


CARANYA :-


1. Panaskan Oven 180 C. Lalu ambil sekeping roti canai dipotong 4. Ambil 1/4 roti canai itu, lalu ditepek & ditarik-tarik supaya menutupi acuan. ( Nota: Pastikan roti canai itu dah lembut. Supaya mudah ditarik dan ditepek didalam acuan.)

2. Cucuk-cucukkan dasar pie dengan garfu kecil. Masukkan 1 sudu besar inti.

3. Tutup pie dengan 1/4 kulit roti canai. Lalu dikelimkan tepi pie dengan menekan- nekan garfu kecil disekeliling pie itu.

4. Cucuk-cucukkan atas kulit canai itu. Lalu disapukan dengan telur.

5. Bakar Pie selama 15- 20 minit. Bila kekuningan atau kecoklatan. Angkat dari oven dan sejukkan. Hidang untuk dimakan.



NOTA1: Sila lihat gambar yang dipostkan disini untuk lebih jelas cara membuatnya.

NOTA 2: Szen lebih suka guna Kulit roti canai dari puff pastry sebab pie tidak cepat muak.



2. BAHAN UNTUK INTI PIE AYAM INGGERIS
(**Nota: resipi inti untuk 30 - 40 biji Pie)

BAHANNYA:

1 mangkuk Isi Ayam ( ikut suka sukatan- dipotong dadu)
3 biji Bawang besar kuning - dipotong dadu
6 biji Kentang direbus & dilenyek
1 tin Sup Cendawan @ Ayam Cendawan brand Kimball

3 biji Bawang Putih - dicincang/kisar
5 biji Bawang Merah - dicincang/kisar
1 inci Halia - dicincang /kisar
1 peket Cendawan Shitaki - dipotong dadu
Lada Sulah & Lada hitam - ikut sukatan sendiri ( kalau nak pedas tambahkan lebih lada hitam)
Mix Vegetable @ sayuran campur- ikut suka. (Kalau tidak suka sayuran, tak payah letak.)

4 sudu besar Mentega - untuk menumis

CARANYA:


1. Panaskan kuali masukkan mentega. Bila mentega cair, tumis bawang putih,bawang merah dan halia sehingga naik bau. Lepas itu masukkan bawang besar sampai kekuningan.

2. Masukkan isi ayam dan goreng sampai masak. Masukkan sayur-sayuran, cendawan, lada hitam, lada sulah dan kacau rata.

3. Bila dah layu masukkan kentang & sup cendawan. Kacau rata. Rasa masin & manisnya. Kalau kurang tambah.


4. Bila dah mendidih dan pekat tutup. Bila inti sudah sejuk baru boleh digunakan untuk membuat Pie Ayam Inggeris ini.


5. Lebihan into boleh disimpan difreezer. Bila perlu gunakan aje . Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...