Monday, 23 November 2015

LEPAT LABU KUNING



Yummy! Yummy! Semestinya Lepat Labu. Sekali makan nak berkali. Resipi ini sumbangan rakan Szen, Puan Suriya Ismail yang menggunakan Tepung Beras untuk menjadikan Lepat lebih lembut & halus.
Kepada yang masih ada saki baki Labu Kuning jom cuba buat. Jangan membazir. Dipersilakan 'SHARE'. Terima kasih Puan Suriya Ismail. ~ Sharizen's Kitchen.



LEPAT LABU KUNING
==============
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resipi : Suriya Ismail)

BAHANNYA:-

1/2 biji Labu 
4 cawan Tepung beras 
3 senduk Gula (ikut citarasa)
1/3 cawan Santan 
Kelapa parut 
Daun Pisang
Kukusan

CARANYA:-

1. Panaskan kukusan & celur daun pisang. ( Nota: Potong daun pisang 4 segi memanjang 'rectangular" dan layukan diatas api.)

2. Rebus labu air betul-betul paras labu. 
Lenyek dan letak tepung dan juga gula. Kemudian tambah santan dan garam. 

3. Kemudian letak dlm daun pisang dgn sikit kelapa parut yg dah letak garam secubit. Akhir sekali lipat mcm lipat kain.

4. Kukus selama 15- 20 minit atau sehingga masak. Selamat mencuba. ~ Sharizen Kitchen.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...