Kali ini Szen mengetengahkan masakan Jawa. Resipi Kerengsengan Jawa seakan macam daging kicap
atau daging sambal hitam tapi percayalah rasanya tidak sama. Petis dan bawang
goreng adalah bahan utama untuk masakan ini.
Masakan yang sungguh sedap boleh
dibuat lauk pengantin. Mesti terangkat. Namanya agak unik dan sukar disebut
tapi rasanya teramatlah sedap. Jom cuba & KONGSI resipi ini ~ Sharizen Kitchen.
RESIPI KERENGSENGAN JAWA
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:-
1.5 kilo Daging @ Kambing - dipotong seperti masak rendang
2 sudu besar Petis Udang
1 cawan Kicap Manis
1/2 cawan Bawang Goreng - diramas
1/2 cawan Bawang Goreng - untuk ditabur
DIKISAR BERSAMA:-
10 biji Cili Merah
15 biji Cili Padi - ikut suka kepedasan
15 biji Bawang Merah
6 biji Bawang Putih
1 1/2 sudu the Lada Putih
1 biji Buah Pala ( dihiris halus dahulu sebelum dikisar)
3 cm Halia
CARANYA:-
1. Panaskan kuali dan masukkan Daging berserta Bahan Kisar. Masak sehingga
Daging 3/4 empuk.
2. Bila Daging empuk masukkan Petis, Kicap dan 1/2 cawan Bawang Goreng yang
diramas. Kacau rata dan kecilkan api.
3.Masak sehingga Daging empuk dan kuahnya agak pekat.Tidak payah masukkan Gula
dan Garam kerana sudah masin dan manis.
4. Sajikan lauk dengan menabur dengan 1/2 cawan lagi Bawang Goreng itu.
5. Sedap dimakan bersama Nasi Putih atau Nasi Minyak. Selamat Mencuba ~
Sharizen Kitchen
No comments:
Post a Comment