Siapa pernah cuba buat Kuih Seri Muka Pandan, tapi tak
menjadi? Angkat tangan. Cuba resipi ini, pasti jadi.
Yang penting baca & fahami arahan resipi sebelum membuat kuih ini. Dipersilakan 'SHARE' ~Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen.
Yang penting baca & fahami arahan resipi sebelum membuat kuih ini. Dipersilakan 'SHARE' ~Selamat mencuba ~ Sharizen Kitchen.
RESIPI KUIH SERI MUKA PANDAN
=======================
(Oleh/Ubahsuai : Sharizen Kitchen)
(Resepi Asal : Kitchen Tigress)
BAHANNYA:-
BAHAN UNTUK LAPIS PULUT:
250 gm Beras Pulut - (direndam dengan air selama 6 jam atau semalaman. Selepas
itu dicuci & ditapis)
DICAMPURKAN BERSAMA:
125ml Air
125ml Santan Pekat
1/2 sudu kecil Garam - ikut suka
3 helai Daun Pandan
Kukusan
Bekas 18 × 18 × 5 cm
Kertas Minyak @ Clingfilm Wrap
CARANYA:
1. Panaskan Kukusan. Dan alaskan bekas dengan kertas Minyak atau Clingfilm
Plastik. Biarkan kertas minyak atau Clingfilm itu terkeluar dari bekas itu. (
Nota: untuk mudah dibawa keluar bila sudah masak)
2. Masukkan Beras Pulut kedalam bekas & ratakan. Curahkan adunan Santan
keatas Pulut dan kukus diapi yang kuat selama 30 minit.
3. Pastikan Pulut sudah masak. Keluarkan bekas dari kukusan dan
dikirai-kiraikan adunan Pulut itu dan ditekan rata dan padat. Dicucuk-cucuk dan
dicakar-cakar. Kukus semula selama 5 minit.
4.Selepas itu tuang adunan kastad itu keatas adunan Pulut dan kukus diapi
sederhana selama 30 - 40 minit.
BAHAN UNTUK LAPIS KASTAD
===================
5 biji Telur Saiz Besar @ Gred A- dipukul
2 sudu besar Tepung Gandum
DIKISAR BERSAMA:
10 helai Daun Pandan
150 ml Santan
(NOTA: Selepas kisar, TIMBANG. Sukatan yang diperlukan hanya 150ML sahaja.
Pastikan jangan terlebih, nanti kuih akan lembik ).
DIMASAK BERSAMA:
120 gm Gula Pasir
90 ml Air
(NOTA: Dimasak diapi yang kecil. Bila gula cair. Tutupkan Api.)
CARANYA:
1. Satukan adunan Santan Pandan, adunan Gula, Telur dan Tepung didalam bekas.
Pukul sampai rata dan tapis.
2. Masukkan adunan kastard yang telah ditapis keatas adunan Pulut Kukus tadi.
Dan kukus kastad selama 30 - 40 minit diapi sederhana.
3. Bila dicucuk licin, ini bermaksud kastad telah masak. Angkat keluar dari
kukusan dan biarkan sejuk. Bila sejuk dikeluarkan dari bekas dan letakkan
diatas pinggan hidang. Potong ikut cara anda.
Selamat Mencuba~ Sharizen's Kitchen
No comments:
Post a Comment