Monday, 16 November 2015

KEK KUKUS HUJAN PANAS



Resipi dari Puan YM Raja Rozela Mohd Rasdi kali ini lebih kepada mengikuti tema cuaca yang sedang hujan panas ini. Warnanya yang berwarna warni itu menambahkan kemeriahan kek ini.


Kek kukus ini amatlah sedap, basah dan rasanya seakan-akan kandi kelapa. Yummy, rugi kalau tak cuba. Jom cuba & SHARE resipi ini ~ Sharizen Kitchen.



KEK KUKUS HUJAN PANAS
=============================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Olahan: YM Raja Rozela Mohd Rasdi)

BAHANNYA:-
160 gram mentega
3/4 cawan gula
1 1/3 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A

80 gram seri kaya perisa asli
25 gram susu pekat manis
130 gram kelapa parut putih
Pewarna hijau kuning dan merah

Pengkukus
Loyang bulat 7 inci- digliskan dengan minyak

CARANYA:-

1. Sediakan pengukus dan biar hingga mendidih

2. Pukul mentega bersama gula hingga kembang.

3. Masukkan telur satu persatu.

4. Masukkan serikaya, susu dan tepung. Pukul lagi hingga adunan sebati, ketepikan.

5. Bahagikan kelapa parut kepada tiga bahagian dan warnakan satu persatu.

6. Masukkan kesemua kelapa parut berwarna kedalam adunan dan gaul sebati.

7. Tuang adunan kedalam loyang bulat 7" yang sudah digriskan , tutup dengan aluminium foil.

8. Kukus selama 1 jam atau sehingga masak.

9. Potong apabila kek sudah cukup sejuk.


Selamat Mencuba~ Sharizen Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...