Tuesday, 3 November 2015

DAUN KELO GORENG IKAN BILIS & KELAPA



Biasa makan kelo tapi tak pernah tahu bahawa daun kelo pun boleh dimakan. Kali ini Szen menampilkan resepi dari YM Raja Rozela Rasdi, sahabat Szen yang bukan sahaja mahir didalam membuat Pencuci Mulut tetapi juga didalam menu masakan India.


Daun kelo ini rasanya sedap dan berlemak bila digoreng bersama ikan bilis dan kelapa. Menu yang patut dicuba untuk dihidangkan kepada keluarga. Suatu kelainan dan enak dimakan bersama-sama nasi putih dan lauk-pauk lain. Jom cuba & kongsi resepi ini. Terima kasih sahabatku Rozie ~ Sharizen Kitchen.



DAUN KELO GORENG IKAN BILIS & KELAPA
===========================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

 BAHANNYA:-

1 mangkuk daun kelo yang telah dilurut dari dahan (cuci dan tos)
Sejemput ikan bilis
1/4 cawan kelapa parut
1/2 sudu kecil biji sawi

1 biji bawang besar - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
4 tangkai cili kering - di potong 3
1 inci halia
Garam secukup rasa
1 sudu besar minyak

CARANYA:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis, setelah garing, masukkan biji sawi. Setelah biji sawi berpop didalam kuali, masukkan bahan-bahan yang telah dihiris. Kacau rata.

2. Masukkan garam secukup rasa. Masukkan kelapa parut dan goreng hingga naik bau wangi.

3. Akhir sekali, masukkan daun kelo , kacau sebati dan sehingga masak.  Tutup api.

4. Sedia untuk dihidang dan enak sekali jika dimakan dengan nasi putih panas.


Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...