Wednesday 11 November 2015

KUIH CAKOI BENGKOK



Kuih Cakoi sememangnya kegemaran ramai. Setiap kali kepasar tani atau pasar malam, pasti Szen tidak lupa membelinya. Samada yang berinti kacang merah atau pun tidak. Namun sekarang harga kuih cakoi semakin mahal dan kadang-kala mutunya tidak memuaskan hati. Liat bila dimakan.


Kali ini Szen ini menampilkan resepi kiriman sahabat Szen YM Raja Rozela Rasdi yang bernama Kuih Cakoi Bengkok. Kuih Cakoi Bengkok ini amat sedap dimakan walaupun dimasa sejuk. Ia juga amat mudah dibuat. Terima kasih Rozie. Jadi apakata cuba buat untuk keluarga & kongsi resepi ini.



KUIH CAKOI BENGKOK
==================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi )

BAHANNYA:-

1 cawan air
2 cawan tepung roti
1/4 sudu teh yis segera
2 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu besar minyak masak
Minyak untuk menggoreng

CARANYA:-

1. Masukkan gula, garam, air dan minyak kedalam mangkuk. Kacau rata. Didalam bekas yang lain, masukkan tepung bersama soda bikarbonat dan yis segera, kacau kering hingga sebati sedikit dan selepas itu, buat lubang di tengah-tengah adunan. Masukkan bahan campuran gula, garam, air dan minyak tadi. Adun sehingga sebati.

2. Pindahkan adunan keatas papan pencanai yang telah ditabur dengan tepung gandum sebagai alas, adun sehingga menjadi doh. Bahagikan kepada dua bahagian berbentuk panjang. Selepas itu, tutup doh dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 jam atau sehingga doh naik.

Tips: Letak doh di tepi peti ais untuk dapatkan suhu yang lebih tinggi bagi doh mengembang elok.

3. Selepas 1 jam, ratakan doh dan bahagikan kepada bahagian yang kecil bersaiz dalam 1 cm tebal dan 2 cm panjang. Biarkan lagi dalam 10-15 minit.
Masukkan minyak kedalam kuali dan panaskan diatas api sederhana.

4. Ambil dua potongan tadi dan tindihkan bersama. Tekan dibahagian tengah dengan menggunakan chopstik dan tarik doh untuk bagi panjang. Goreng sehingga kekuningan.

Memang gebu dan lembut. Makan begitu sahaja atau boleh dimakan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...