Tuesday 10 November 2015

SAMBAL TOTOK SZEN




Szen sebenarnya tidak pandai makan Sambal Totok Szen. Suami Szen yang mengajar Szen memakannya. Setiap kali bila rebus ubi kayu, pasti diminta oleh suami untuk membuatnya. Menurut suami, bondanya hanya menumbuk ikan bilis mentah kedalam sambal belacan. Memandang Szen tidak boleh makan ikan bilis mentah jadi Szen telah ubahsuai resepi sambal totok Szen ini. Szen telah mengoreng layu bilis itu.

Szen juga tidak menambah belacan sebab ikan bilisnya telah masin dan bagi Szen bilis sudah cukup untuk memberi rasa. Alhamdulillah suami Szen puji sedap dan suka dengan sambal totok buatan Szen. Rasanya sedap bila dimakan bersama-sama ubi kayu rebus. Selain itu sambal totok Szen ini boleh juga dimakan bersama nasi panas. Mesti terangkat. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.



SAMBAL TOTOK SZEN
==============

(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-

Segenggam ikan bilis - digoreng layu
10-15 biji cili padi kampung
2 biji bawang besar - dihiris nipis
Minyak untuk menggoreng
Garam & sedikit gula
Limau kasturi -ikut suka

CARANYA:

1. Panaskan minyak di dalam kuali.

2.Goreng ikan bilis sehingga layu dan bukan garing. Angkat dan toskan.

2. Tumbuk kesemuanya kecuali ikan bilis hingga lumat. (Szen blender kasar aje).

3. Masukkan ikan bilis goreng layu dan tumbuk kasar-kasar sahaja.

4. Perahkan limau kasturi mengikut citarasa anda. Masukkan garam gula ikut citarasa.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...