Sunday 15 November 2015

SOTONG GORENG TELUR ASIN




Sotong Goreng Telur Masin amatlah sedap dan terkenal. Boleh dimakan bersama Kuah Lemak dan juga Assam Pedas. Pasti terangkat. Sekiranya selalu makan diluar apakata kali ini buat sendiri masakan ini. Resepi ini tidaklah sesusah yang difikirkan.
Kali ini pula Puan Soraya Salim berkongsi Resepi Sotong Goreng Telur Masin untuk dicuba dan dihidangkan kelainan kepada keluarga. Jom cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.




RESEPI SOTONG GORENG TELUR ASIN
==================================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Soraya Salim)

BAHANNYA:-

BAHAN A
500gm Sotong Basah
1 cawan Tepung Jagung
1 sudu kecil Serbuk Lada Hitam 

BAHAN B
3 sudu besar Mentega
2 pelepah Daun Kari 
7 tangkai Cili Padi - dihiris halus
3 tangkai Cili Kering - digunting kecil
1 kuib Ayam
Gula

2 biji Telur Asin- direbus ( Nota: diambil kuningnya sahaja dan dihancurkan)
Minyak
Kuali

CARANYA:-
1. Bersihkan Sotong dan potong bulat-bulat. Selepas itu gaulkan Sotong dengan lada hitam dan digolekkan pada Tepung Jagung.

2. Panaskan kuali dan masukkan Minyak. Bila Minyak panas, goreng sebentar Sotong itu dengan api kuat. Bila Tepung Sotong sudah kekuningan sedikit, angkat keluar. Pastikan tidak terlalu lama, Sotong akan liat.

3. Di kuali yang lain, panaskan kuali dan masukkan Mentega. Bila mentega cair masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi dan terus dikacau.

4. Bila Telur Asin sudah berbuih masukkan Daun Kari, Kuib Ayam, Gula, Cili Kering dan Cili Padi. Kecilkan api dan campurkan serta salutkan Sotong dengan bahan-bahan itu. 

5. Bila sudah sebati siap untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ~ Sharizen's Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...