Thursday 26 November 2015

ROTI CANAI BERINTI


Sarapan Mudah & Sedap.Hanya 2 minit diperlukan. Macam 'Hot & Rolls' ~ Sharizen's Kitchen.





Resipi Roti Canai Berinti
==========================

( Oleh : Sharizen Kitchen )



BAHANNYA :-

Bahan Kulit :

Roti Canai ( brand Kawan)
Bahan :
Sosej
Cendawan
Keju Mozarella @ sebarang keju kesukaan
Bawang Besar
Cili Sos
Mayonis
(Nota : Bahan-bahan ikut suka. Contoh Cili Kapsikum atau lebihan ayam goreng @ panggang)


CARANYA :-
1. Panaskan Kuali diatas api perlahan & letakkan sekeping roti canai.

2. Taburkan bahan-bahan inti di separuh roti canai. ( Jangan penuhkan kesemua roti canai dengan bahan inti. Sukar untuk melapikkannya.

3.Tuangkan sos cili dan mayonis.(Pilihan boleh juga tidak dituang diatas bahan inti tu

4. Bila roti canai mula masak. Tutupkan bahan inti dengan menarik roti canai untuk menutupinya. Atau lipat dua ( sila lihat gambar). Balik- balikkan. Bila dah masak @ garing. Tutup api dan siap dihidang.

Selamat mencuba.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...