Szen sebenarnya tidak pandai makan Sambal Totok Szen. Suami Szen yang mengajar Szen memakannya. Setiap kali bila rebus ubi kayu, pasti diminta oleh suami untuk membuatnya. Menurut suami, bondanya hanya menumbuk ikan bilis mentah kedalam sambal belacan. Memandang Szen tidak boleh makan ikan bilis mentah jadi Szen telah ubahsuai resepi sambal totok Szen ini. Szen telah mengoreng layu bilis itu.
Tuesday, 10 November 2015
Monday, 9 November 2015
DAGING RUSA GORENG KUNYIT
Bagi Szen daging rusa ini lebih manis dan cepat empuk daripada daging lembu. Szen sekeluarga memang suka makan daging rusa dari daging lembu. Kadang-kala daging rusa ini Szen buat rendang daging atau pun buat dendeng. Memang sedap. Tapi kali ini tukar selera. Hasilnya terciptalah daging rusa goreng kunyit. Rasanya sedap teramat dan berkuah sedikit sebab suami suka yang basah-basah sedikit.
Friday, 6 November 2015
ONDEH BIJAN KETAWA
Kali ini sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi mencuba pencuci mulut gorengan kaum Cina. Ondeh Bijan Ketawa @ Laughing Balls ini memang sedap. Garing diluar seperti Kuih Redan tetapi didalamnya lembut & tidak berinti.
Thursday, 5 November 2015
DAGING MASAK LADA HITAM
Daging Masak Lada Hitam ini sesuai dimakan bersama-sama nasi panas dan atau bersama-sama nasi minyak. Rasanya yang pedas-pedas manis ini amat menyelerakan dan sedap dimakan. Sesuai juga dimakan oleh wanita berpantang yang memerlukan menu yang mampu memanaskan badan.
Wednesday, 4 November 2015
KUIH GETAS GULA
Kuih Getas ini rasanya liat-liat, manis dan lemak. Kuih dulu-dulu yang sentiasa dihati sahabat Szen, Puan Poziah Zainal yang juga pengirim resepi ini. Kuih ini sedap bila dimakan panas atau sejuk.
Tuesday, 3 November 2015
DAUN KELO GORENG IKAN BILIS & KELAPA
Biasa makan kelo tapi tak pernah tahu bahawa daun kelo pun boleh dimakan. Kali ini Szen menampilkan resepi dari YM Raja Rozela Rasdi, sahabat Szen yang bukan sahaja mahir didalam membuat Pencuci Mulut tetapi juga didalam menu masakan India.
Monday, 2 November 2015
PIE AYAM INGGERIS
Pie Ayam Inggeris ni memang sedap &
berkrim. Intinya boleh dibuat semalaman & disimpan didalam Petiais. Esok
pagi dah boleh bakar. Kalau ada lebihan Inti Pie simpan aje difreezer dalam
bekas- bekas kecil berasingan.
Subscribe to:
Posts (Atom)

