Fenoma CHEESEKUT
melanda. Baru-baru ini Sahabat Szen Puan Zuraidah mencadangkan resepi ini.
Katanya Anak Gadisnya buat dan sedap rasa. Amat mudah & tidak perlu bakar
Jadi Szen pun pi kat Cik Google untuk bandingkan resepi. Beberapa cara dan
resipi telah dicuba buat.
Namun ada rasa muak walaupun sedap. Cubalah resipi
yang telah diolah oleh Szen ini. Rasanya teramat sedap dan yang penting tidak
ada rasa muak langsung bila memakannya. Terima kasih Puan Zuraidah Zulkifli
kerana mencadangkannya. Jom cuba buat & KONGSI resepi ini.
RESEPI CHEESEKUT
=============
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:
BAHAN A:-
1 peket @ 300 gm Biskut Marie
Perisa Biasa @ Coklat ( admin guna jenama Tiger)
200 - 250 ml Susu
Segar,dipanaskan
BAHAN B:-
250 gm Cheese Cream (admin guna
brand Philadelpia)
1/2 - 3/4 tin besar Susu Pekat-
kemanisan ikut suka
TABURAN DIATAS LAPISAN TERAKHIR
CREAM CHEESE :-
PILIHAN 1: Kisar saki baki Biskut
& tabur diatas lapisan adunan cream cheese yang terakhir. ATAU
PILIHAN 2: Cairkan 1 cawan Coklat
Chips bersama 1 sudu Minyak Sayuran. Bila sejuk tuang dan ratakan diatas
lapisan terakhir itu.( admin ikut cara ini)
PILIHAN 3: Ikut kreativiti anda @
tabur rata Serbuk Milo keatas lapisan terakhir. itu.
***PERINGATAN PENTING: HARUS
DISEJUKKAN SELAMA 6 JAM DIPETISEJUK SEBELUM MAKAN. ****
CARANYA:-
1. Sediakan bekas 8×4 inci dan alas dengan plastik
clingfilm untuk memudahkan diangkat keluar.
2. Satukan Cream Cheese dan Susu Pekat dan pukul
hingga sebati dan kembang. Ketepikan.
3. Panaskan Susu Segar ketahap suam. Bila Susu sudah
suam, padamkan api. Ambil sekeping-sekeping Biskut Marie dan celup sekejap ke
dalam Susu Segar yang suam tadi anggaran 1 saat. Sekadar hendak basahkan aje.
Jangan sampai biskut lembik.
4. Setelah celup, terus susun biskut rapat-rapat
kedalam bekas beralas plastik itu. Selepas itu, sapukan Bahan A atau Adunan
Cream Cheese itu di atas biskut. Ratakan. Jangan sapu banyak ya, cukup sekadar
menutupi lapisan biskut itu.
5.Ulangi proses melapis biskut dengan kaedah yang sama
selapis demi selapis
kemudian sapukan lagi Bahan A @ Adunan cheese tadi sehingga
habis.
6. Lapisan biskut terakhir haruslah disapu atau
ditutupi dengan Adunan Cream Cheese itu.
7. Untuk TABURAN diatas Lapisan Cream Cheese yang
terakhir itu, ada 2 pilihan.
PILIHAN 1:- Ambil beberapa keping Biskut Marie dikisar
halus dan tabur diatas lapisan cheese. Siap untuk disejukkan selama 6 jam di
Peti Sejuk.
PILIHAN KE-2:- Cairkan 1 cawan Coklat Chips dengan 1
sudu kecil Minyak Sayuran samada didalam mikrowave atau dimasak secara double
boiler. Bila cair angkat dan kacau rata. Bila sejuk tuang dan ratakan atas
Lapisan terakhir adunan Cheese itu. Dinasihati buat ini terlebih dahulu agar
Coklat sejuk bila Cheesekut dah siap.
8. Apa-apa pun guna kreativiti anda. Boleh juga
ditaburkan Milo dan sebagainya diatas lapisan terakhir diatas adunan Cheese
itu.
***PERINGATAN PENTING:
HARUS DISEJUKKAN SELAMA 6 JAM DIPETISEJUK SEBELUM MAKAN.
No comments:
Post a Comment