Friday 16 October 2015

DONUT RANGUP ROZIE


Donut bukan sahaja makanan kesukaan kanak-kanak tetapi juga orang dewasa. Sekarang ini macam-macam rupa & rasa donut dijual. Ada yang sedap & ada yang tidak memenuhi citarasa. Tapi kalau asyik beli sahaja pun bosan juga. Sekali sekala cubalah buat sendiri donut. Jadi kali ini Szen ini berkongsi satu resepi dari sahabat Szen YM Puan Raja Rozela yang sentiasa suka memasak dan mencuba resipi baru. 


Menurut kata YM Raja Rozela donut ini cukup rangup diluar dan gebu didalam. Rasanya amatlah sedap. Donut ini bukan sahaja boleh disalutkan gula malah boleh juga disalutkan dengan pelbagai perisa seperti coklat dan jem. Selamat mencuba pasti hati riang melihat keluarga tersayang suka memakannya. 


DONUT RANGUP ROZIE
================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

Bahan-bahannya :-
 350 gram tepung Halus Superfine
50 gram tepung kanji kentang
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur (dipukul sedikit guna garfu)
150 ml air suam
1 1/2 sudu besar butter/majerin/shortening
3 sudu besar gula
1 1/2 sudu kecil yis
Minyak untuk menggoreng
Gula kaster untuk salutan

Cara membuat:-

1. Campurkan tepung, susu tepung dan gula dan gaul rata. Buat lubang di tengah tepung. Masukkan telur, air suam, butter atau majerin atau shortening dan yis kedalam lubang tersebut.

2. Gaulkan semua bahan dan uli sehingga doh tidak melekit ditangan.

TIPS: untuk dapat doh yang lembut, ambil plastik yang bersih dan letakkan doh didalam plastik. Ramas-ramas doh tersebut lebih kurang 5 hingga 10 minit.

3. Keluarkan doh dari plastik dan letakkan semula kedalam bekas adunan dan uli semula sehingga doh lembut dan elastik.

4. Perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastik wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

5. Bahagi doh kepada bebola kecil dan rehatkan selama 6-8 minit. Bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya dan biarkan naik 2 kali ganda.

6. Panaskan minyak diatas api sederhana dan goreng donut sehingga keemasan, angkat dan salutkan dengan gula. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba... 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...