Thursday 15 October 2015

JEMPUT-JEMPUT PISANG MAMA



Resepi kali ini dari sahabat Szen Puan Ramishah Senin yang mahir memasak. Beliau mempunyai kedai makan di Kluang, Johor. Namun resepi ini dicuba & dibuat oleh sahabat Szen yang satu lagi, YM Puan Raja Rozela Rasdi untuk dipamerkan diblog ini. Resepi ini agak berbeza dengan resepi yang ada diblog kerana ada campuran dua (2) tepung.

Terima kasih sahabat-sahabatku yang sentiasa berkongsi resepi yang sedap dan menjadi. Menurut kata YM Raja Rozela rasa jemput-jemput pisang ini sungguh enak dan rangup. Jadi kepada yang ingin mencuba buat, jom buat dan hidangkannya pada setiap masa tak kira sarapan pagi, petang atau pun malam. JOM CUBA & KONGSI resepi ini.


JEMPUT-JEMPUT PISANG GEBU
=====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Ramishah Senin)
(Dihidangkan : YM Raja Rozela Rasdi)


BAHANNYA :- 
3 biji pisang masak sederhana besar
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
1 sudu besar tepung beras
2 sudu besar gula
Secubit garam
Air masak secukupnya
Minyak untuk menggoreng

CARANYA:-

1. Lenyek pisang, kemudian masukkan semua bahan kecuali air. Gaul rata dan baru masukkan air dan gaul sehingga sebati.

2. Panaskan minyak dan goreng adunan pisang. Pastikan api sederhana.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Angkat dan sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...