Monday 26 October 2015

ASAM REBUS BETIK MENGKAL


Resepi kali ini sungguh luarbiasa. Kenapa Szen kata luarbiasa, kerana kali ini sahabat Szen, Puan Rasmishah Senin aka Mama Chef menggunakan betik mengkal. Szen yakin tiada lagi resepi seperti ini terdapat di Cik Google.


Cubalah google mungkin tiada. Asam Rebus Betik Mengkal ini rasanya sedap. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


ASAM REBUS BETIK MENGKAL
====================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : Rasmishah Senin)
(Olahan Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-
1 biji Betik Mengkal
2 cawan air atau secukupnya
1 sudu besar gula atau secukupnya
1 sudu besar serbuk kunyit
4 keping asam keping
Garam secukup rasa
1 helai daun kunyit


BAHAN UNTUK DIKISAR :- 
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
3 batang cili merah
Sejemput ikan bilis
1 inci belacan

CARANYA :-

1. Masukkan bahan kisar kedalam periuk berserta dengan air, serbuk kunyit dan asam keping. Kacau rata dan masak hingga mendidih.

2. Masukkan potongan betik, garam dan gula. Seimbangkan rasa.

3. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Biarkan mendidih sekali lagi dan tutup api.Selamat Mencuba.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...