Thursday 1 October 2015

KARI BEBOLA UDANG UMMPH


Pengemar kari patut cuba resepi YM Raja Rozela Rasdi ini. Lain dari yang lain. Amat sedap dan harum bau karinya. Ditambah dengan kemanisan bebola udang. Ada UMMPH!

Boleh dimakan bersama nasi kosong atau sebarang roti. Amat sedap sehingga menjilat jari. Apa lagi jomlah cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.



RESEPI KARI BEBOLA UDANG UMMPH
=========================
(Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi: YM Raja Rozela Mohd Rasdi)


BAHANNYA:-

BAHAN UNTUK BEBOLA
250 gram udang dibuang kulit dan dibersihkan

BAHAN TUMIS
2 sudu kacang dal
I ct jintan putih
3 ulas bawang putih
1 sudu kelapa parut
1 Biji telur
1 sudu minyak
Secubit garam
(Boleh letak sedikit stok jika mahu)


BAHAN UNTUK KARI
DIKISAR BERSAMA:-
1 biji tomato
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia

1 camca teh halba campur
(Halba, jintan putih/kasar dan biji sawi
1 sudu besar cili giling
2 1/2 sudu rempah kari ikan Alagappas

2 tangkai daun kari
3 biji kentang di buang kulit dan dipotong enam
Garam secukup rasa
Stok perisa secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa adabi
2 sudu minyak masak
1 litre air

BAHAN UNTUK TUMIS DARAT
1 biji tomato di belah enam
1 biji bawang besar di hiris kasar
3 tangkai cili kering yang dipotong 2
1 tangkai daun kari
1 ct jintan manis
1 sudu minyak


CARANYA:-

CARA UNTUK BEBOLA

1.Panaskan kuali dan letakkan minyak. Masukkan kacang dal, bawang putih, jintan manis dan kelapa dan di kacau selalu hingga kelapa dan kacang dal masak. Tutup api.

2.Guna pengisar kering dan kisar semua bahan yg telah digoreng tadi sehingga halus. Alihkan bahan yg telah dikisar tadi kedalam pengisar basah dan masukkan udang bersama telur.

3.Kisar sehingga udang lumat dan sebati. Keluarkan bahan dan letak didalam bekas yang bertutup dan masukkan didalam peti sejuk beku sementara membuat penyediaan bahan2 kari.


CARA UNTUK KARI

1. Kisar semua bahan ketepikan. Panaskan minyak dan tumis halba sehingga bunyi "krek" dan masukkan bahan kisar. Bau naik masukkan cili giling dan serbuk kari. Masukkan air dan masukkan kentang. Biarkan sehingga mendidih.

2.Masukkan garam, stok perisa dan asam jawa. Biarkan sehingga mendidih. Keluarkan Cutlet dari peti sejuk dan bulat2kan mengikut saiz sebesar guli. Setelah selesai, masukkan kedalam kari dan kacau sekali sekala sehingga masak.Tutup api.

3.Sementara itu panaskan kuali dan letak minyak dan tumis bahan tumis darat sehingga semua bahan keperangan dan curahkan kedalam kari.

Sedia untuk dihidang. Selamat Mencuba~ Sharizen's Kitchen






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...