Tuesday 20 October 2015

PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT


Resipi jagung lapis puding ini sungguh sedap dan berlemak. Lebih-lebih lagi bila dimakan sejuk bersama-sama buah-buah peach atau buahan koktail. Teksurnya lembut dan berlemak.


Bezanya puding ini dari yang lain kerana ia dilapisi biskut. Memang tidak rugi bila dihidangkan kepada tetamu pasti mendapat pujian. Patut cuba memang sedap. Jom cuba & kongsi resepi ini. 


PUDING JAGUNG LAPIS BISKUT
=====================
(Oleh/Ubahsuai: Sharizen Kitchen)
(Resepi : Chef Hanieliza - 1 Hari 1 Resepi)

BAHANNYA :-
1 1/2 - 2 cawan jagung krim
1 tin susu cair
1 cawan air
3/4 cawan gula
3 sudu makan tepung jagung
3 sudu makan tepung kastard

2 sudu makan margerin @ butter
secubit garam ( kalau guna margerin atau butter bergaram tak payah letak garam)
Biskut keju tawar secukupnya @ guna biskut RITZ
Buah koktail @ Buah Peach secukupnya

CARANYA:-

1. Masukkan semua bahan kecuali margerin, biskut dan buah koktail, kedalam periuk dan masak atas api sederhana.

2. Sentiasa kacau sehingga adunan kelihatan pekat dan likat.

3. Masukkan margerin dan kacau lagi hingga adunan berkilat.

4. Sediakan loyang ukuran 8 inci. Oleskan dengan sedikit butter.

5. Tuangkan sesenduk adunan ke dalam loyang dan ratakan. Susunkan kepingan biskut atas lapisan tadi.

6. Tuang semula lapisan kedua dan lakukan kaedah yang sama hingga adunan habis.

7. Sejukkan dalam peti ais. Hiaskan dengan buah-buah koktail dan sedia untuk dinikmati.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...