Friday 23 October 2015

KEK PISANG HERSHEY


Simply sedap, gebu & lembut teramat... Yummy kek yang tidak berapa manis namun sedap bila ditambah dengan ising. Kemanisan seimbang. Patut cuba ni, sedap teramat.


Terutama cuti sekolah mesti anak-anak kelaparan. Jadi hidangkan Kek Pisang Coklat Hershey pasti berebut. Jom cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.




KEK PISANG COKLAT HERSHEY
====================
(Oleh : Sharizen Kitchen )


BAHANNYA:-

250gm Mentega - dilembutkan
1 1/2 cwn Gula Castor
4 biji Telur Gred A
2 sk Esen Vanilla

DIAYAK BERSAMA:
2 sk Soda Bikarbonate
2 sk Baking Powder
3 cwn Tepung Gandum

1/2 cawan Susu Segar - dipanaskan
4 biji besar @ 2 cawan Pisang Masak Ranum- dilenyek
1 peket besar Hershey Kisses

Icing Lemon
50gm Butter
3 sb Jus Lemon
3 cwn Gula Icing
1/2 sb Air Panas

Bekas cupcakes & acuannya

(NOTA: Kalau tidak mahu diletak topping tambah sukatan Gula Castor ke 2 cawan. Kek ini kurang manis sekiranya dihidangkan tanpa topping.)


CARANYA:

1. Panaskan oven pada 170C.

2. Pukul Mentega & Gula Castor sehingga kembang dan putih.

3. Bila kembang masukkan Telur satu per satu sehingga rata.

4. Lepas itu masukkan Esen Vanilla & Pisang Lenyek.

5. Masukkan Susu Segar Panas kedalam acuan dan kacau rata.

6. Bila rata, masukkan adunan Tepung dan kaup rata. Tidak boleh memukulnya. Hanya kaup sampai rata.

7. Masukkan 1 skop sudu besar kedalam acuan kertas @ muffin cupcake dan tekan 1 biji Kisses Hershey ditengah2 adunan.

8. Selepas itu ambil 1/2 sudu besar adunan kek dan tutup kek itu.

9. Bakar selama 10 - 20 minit atau sehingga kek masak. Setiap kepanasan oven berbeza.

CARA LEMON ICING:-

1.Campurkan kesemuanya dan pukul rata dan sebati.

2. Tunggu sehingga kek benar sejuk baru dipaip diatasnya dan hias dgn coklat parut.


Selamat mencuba.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...