Wednesday 21 October 2015

PAJERI KEDONDONG RR


Pajeri Kedondong RR kiriman sahabat Szen, YM Raja Rozela Rasdi mampu menaikkan selera makan bila dimakan bukan sahaja dengan Nasi Minyak atau Nasi Beriani.


Tapi juga dengan lauk pauk lain. Rasa pajeri kedondong ini memang sedap dan wangi. Terima kasih sahabatku Rozie atas kesudian menyumbang resepi diblog ini. Jom cuba & kongsi resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


PAJERI KEDONDONG RR
===============
( Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi : YM Raja Rozela Rasdi)

BAHANNYA:-
15 biji buah kedondong
2 1/2 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar kerisik
4 sudu besar gula perang
(atau secukupnya)
4 cawan air
Garam secukup rasa

BAHAN UNTUK DIKISAR:-
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai

BAHAN UNTUK DITUMIS LEPAS :-
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

CARANYA :-

1. Buah kedondong dikupas kulit dan dicuci. Cucukkan buah kedondong dengan garfu dan direbus hingga setengah empuk. Angkat dan ditoskan.

2. Bancuh bahan-bahan kisar halus dengan rempah kari dan dikacau rata. Tambah sedikit air jika perlu. Kacau hingga menjadi pes. Ketepikan.

3. Panaskan minyak dalam kuali, anggaran 1/2 cawan. Masukkan bahan-bahan tumis lepas. Kemudian masukkan cili kisar.  Masak hingga cili garing. Masukkan pes rempah, kacau rata dan biarkan sebentar. Masukkan air dan kacau rata.

4. Masukkan kerisik, garam secukup rasa dan gula perang, kacau rata. Biarkan mendidih.

5. Masukkan buah kedondong dan gaul rata. Masak sehingga buah kedondong empuk, sehingga kuah menjadi pekat, rasa sudah mencukupi dan sebati.

6. Sedia untuk dihidang dan enak dimakan bersama nasi minyak, briyani atau nasi putih.

Selamat Mencuba....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...