Tuesday 28 July 2015

APAM GULA HANGUS @ SARANG SEMUT


Siapa yang tak suka kueh Apam? Sekarang ini macam-macam resipi Apam yang telah diposkan oleh Szen diblog ini. Terkini resipi Apam Gula Hangus @ Apam Sarang Semut elok dicuba.

Rasanya manis, lembut dan gebu. Makan sepotong pasti tak cukup. Resepi ini dikongsikan oleh Sahabat Szen Puan Suraya Salim yang hobinya memasak dan mencuba pelbagai resipi. Terima kasih sahabatku, Suraya. Jom cuba & KONGSI resipi ini ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI APAM GULA HANGUS @ APAM SARANG SEMUT
===============================
(Olahan : Suraya Salim)

BAHANNYA:-
2 cawan Gula Pasir - dimasak diatas api sehingga menjadi gula hangus ( NOTA: Jaga api supaya tidak terhangit)

1/2 cawan Air
1/2 cawan Margarine Buttercup atau Mentega - dicairkan
4 biji Telur
3 sudu besar Susu Pekat Manis

DIAYAK BERSAMA
2 cawan Tepung Gandum
1 sudu besar Soda Bikarbonat
Secubit Garam

Bekas
Kukusan

CARANYA:-
1. Panaskan Kukusan. Glis bekas dengan Minyak dan ketepikan. Gula Pasir dijadikan gula hangus dengan dimasak dibawah api kecil dan masak sehingga gula menjadi perang.

2. Tuang Air kedalam Gula Hangus itu dan kacau rata. Cairkan mentega atau margarine,

3. Bila Gula Hangus hampir sejuk, masukkan margarine. Kacau rata. Ketepikan.

4. Pukul rata Telur dengan Susu Pekat Manis dalam bekas besar. Bila rata masukkan Adunan Tepung . Kacau rata.

5. Masukkan Adunan Gula Hangus kedalam Aduan Telur Tepung tadi dan dikacau rata. Setelah sebati, direhatkan selama 30 minit sebelum dikukus.

6. Setelah 30 minit berlalu, kacau adunan dan tuang kedalam bekas. Kukus selama 30 minit dibawah api sederhana panas.
Sejukkan. Boleh dimakan begitu atau bersama kelapa parut.

7. Adunan ini boleh juga dibakar. Selamat Mencuba ~ Sharizen's Kitchen.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...