Sunday 12 July 2015

NASI TOMATO & AYAM TOMATO

Sekali sekala tak salah pekena Nasi Tomato dan Lauk Ayam Tomato yg cukup sedap ini. Pasti menjilat jari. Jangan risau, mudah aje buatannya. Nasinya boleh dimasak dirice cooker. Mudah sesangat. 
Tak percaya cuba buat. Yang penting baca dan fahami resepi ini. Jangan terperanjat kalau sekali buat  mesti nak buat lagi. Jom buat & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI NASI TOMATO DAN AYAM TOMATO
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-

BAHAN NASI TOMATO
3 cawan Beras Basmati
3 sudu besar Pes Tomato

Rempah Lepas
1 biji Bawang Besar - dihiris
3 kuntum Cengkih
5 biji Buah Pelaga
1 1/2 inci Kulit Kayu Manis

1 kuib Perasa Ayam
2 cawan Susu Segar
3 cawan Air Panas
4 sudu besar Mentega@Minyak Sayuran- secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa
3 helai Daun Pandan

CARANYA:
1. Panaskan periuk biasa atau rice cooker. Bila panas masukkan Mentega@ Minyak. Bila mentega cair, masukkan Rempah Lepas. Bila naik bau masukkan Bawang Besar dan Daun Pandan. Kacau rata.

2. Bila bawang sudah kekuningan, masukkan beras dan kacau perlahan. Bila beras dah bersalut Minyak, masukkan Susu Segar, Air Panas, Pes Tomato, Kuib Ayam dan Garam. Kacau perlahan dan sebentar. Tutup periuk dengan tudung periuk.

3. Masak seperti masak nasi. Kalau yang masak guna rice cooker. Biarkan masak juga macam nasi biasa.

5. Bila nasi dah masak kembang dan kering. Tutup api. Untuk rice cooker boleh dibiarkan sahaja sehingga waktu makan.


BAHAN UNTUK AYAM TOMATO
1 ekor Ayam - dipotong ikut suka
1 sudu besar kunyit serbuk

UNTUK DIKISAR BERSAMA
2 biji Bawang Besar
5 ulas Bawang Putih
1 batang Serai
2 inci Halia
1 inci Lengkuas

3 sudu besar Cili Kisar @ ikut suka kepedasan
2 sudu besar Tomato Pes
1 sudu besar Gula
1/2 cawan Air
Minyak
Garam


CARANYA:-

1. Gaulkan Ayam bersih dengan kunyit dan garam. Goreng sehingga masak. Ketepikan

2. Lebihan minyak gorengan Ayam boleh digunakan untuk menumis kuahnya. Tapi pastikan minyak tidak terlalu banyak. Cukup untuk menumis sahaja.

3. Masukkan Bahan-Bahan Kisar, Gula dan Cili kedalam minyak panas lebihan ayam tadi. (Sila rujuk No.2). Tumis sehingga garing atau naik bau.

4. Masukkan Tomato Pes dan Air. Kacau rata. Bila dah mendidih masukkan Garam secukup rasa. Bila kuah semakin pekat @ kepekatan yang disukai, tutup api.

5. Bila kuah sejuk baru digaulkan rata Ayam bersama kuah. Hidangkan bersama Nasi Tomato dan Salad.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...