Friday 10 July 2015

MURTABAK LAPIS CAPATI RENDANG


Fenomena yang bakal berlaku dihari raya. Terdapat banyak saki baki makanan yang masih tertinggal. Terutamanya rendang. Jadi daripada biarkan ia menjadi basi, seloknya saki baki @ leftovers rendang jangan dibuang atau dibazirkan.
Samada disimpan difreezer ataupun buat sahaja Murtabak Lapis Capati Rendang. Teramatlah mudah & rasanya pula sungguh sedap, macam murtabak. Boleh dihidangkan kepada tetamu yang datang. Mesti dapat pujian.

MURTABAK LAPIS CAPATI RENDANG
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA:- *(untuk bekas saiz 20cm× 20cm).

4- 5 Capati @ Roti Canai Brand Kawan
1 mangkuk Rendang Ayam@ Daging - dicarik-carik @dicincang. Tambah kuahnya. Gaul rata.

1 biji Cili Merah - dihiris
1 biji Cili Hijau - dihiris
5 biji Telur - dipukul & tambah sedikit garam

Keju Parut secukupnya - pilihan ( tapi admin letak)
Bekas - 20 cm × 20 cm- diglis minyak.

CARANYA:

1. Panaskan oven pada 175F. Gliskan bekas dan ambil sekeping Capati lalu dilapikkan didalam bekas. Taburkan Rendang, cili merah, cili hijau dan keju parut.

2. Lepas itu, tuang adunan telur keatas lapisan itu. Biar menutupi lapisan itu. (Nota: Jangan terlalu banyak memadai sekadar menutupi lapisan itu.)

3. Buat lapisan kedua dan seterusnya seperti diatas.

4. Untuk lapisan terakhir tutup dengan capati. Tuang adunan telur dan tekankan supaya tenggelam dengan telur. Tabur keju parut dan bakar selama 20-25 minit atau adunan kecoklatan.

5. Bila sejuk potong dan hidangkan bersama Cili Sos ataupun Bawang jeruk.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...