Monday 27 July 2015

QUICHE AYAM CENDAWAN


Resipi barat menjadi pilihan Szen kali ini. Resipi Quiche Ayam Cendawan. Quiche ni seakan-akan pie tapi bukan pie. Ia lebih menggunakan susu dan telur serta tidak pedas. Bahan-bahannya pun ikut citarasa kita.


Rasanya amat sedap dan lemak berkrim. Sekali cuba pasti akan cuba lagi. Anak-anak pasti suka. Sesuai untuk dibuat bekalan. Jom cuba & 'KONGSI'resepi ini. ~ Sharizen Kitchen.



RESIPI QUICHE AYAM CENDAWAN
============================

BAHANNYA:-
Beberapa keping Kulit Pastri @ Shortcrust Pastry segera
(NOTA: Resepi Untuk Kulit Pastri Buat Sendiri Ada Disertakan Dibawah ini. Sila baca resipi sepenuhnya)

BAHAN INTI
Isi Ayam@ Hotdog- dihiris nipis/cincang
1 biji Bawang Besar, dicincang
Beberapa biji Cendawan Butang- dicincang
4 biji Telur
BAHAN SUSU
1 cawan Cooking Cream @ Susu Segar
1 cawan Keju Cheddar - diparut
1 sudu besar Serbuk Parsley
Garam Lada Hitam- ikut suka
Mentega untuk menumis
Bekas pie

CARANYA:-
1. Panaskan kuali & masukkan mentega. Bila mentega cair masukkan bawang besar dan goreng sampai layu.
2. Masukkan cendawan butang dan isi ayam. Goreng sampai isi ayam masak. Tutup dan sejukkan.
3. Dalam bekas lain, campurkan telur, cream@susu segar, serbuk parsley, keju dan lada hitam. Pukul rata. Ketepikan
4.Terapkan Pastri keatas bekas pie dan dicucuk-cucuk pastri dibawahnya. Buat macam nak buat pie.
5. Masukkan satu sudu kecil inti kedalam bekas pastri dan tuang adunan susu keatas inti tersebut. Dan bakar selama 12-15 minit bergantung kepada oven. Atau sehingga quiche itu kekuningan dan masak.

RESIPI PASTRI BUAT SENDIRI
========================
BAHAN PASTRI
110 gm Mentega Sejuk -kiubkan
1 biji Telur Merah
50 ml air sejuk (dimasuk berselang seli)
CARANYA:
1. Campurkan bahan bahan hingga sebati dan tuangkan ke dalam bahan A.
2. Diuli sampai jadi doh dan rehatkan selama 15 minit dalam peti sejuk. Selepas itu, terapkan dalam pie mould yg boleh dikeluarkan plate dari bawah dan cucukkan tepung dengan garpu. 
Selamat Mencuba ~Sharizen's Kitchen


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...