Saturday 11 July 2015

SOTO PENGEDIL DAGING


Setiap hari makan nasi sungguh membosan. Sekali sekala tidak salah tukar selera dengan menjamu Soto berserta Pegedil Daging. Menu yang sungguh lazat dan meringankan perut. Kali ini Szen berkongsi resipi dari air tangan Sahabat  Szen, Puan Poziah Zainal.
Resipi Soto Puan Poziah ini amat sedap dan jika dihidangkan bakal dimakan berpinggan-pinggan oleh tetamu @ keluarga. Terima kasih Sahabatku, Poziah atas kesudian berkongsi resepi. Jom cuba & KONGSI reseipi ini~ Sharizen Kitchen.
RESEPI SOTO BEGEDIL DAGING
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHAN UNTUK KUAH SOTO:-
1 ekor Ayam
10 biji Bawang Merah
12 biji Bawang Putih
2 cm Lengkuas - diketuk
2 cm Halia
2 batang Serai - dititik
1 peket Rempah Soto
REMPAH LEPAS:-
3 kuntum Bunga Lawang
1 1/2 batang Kulit Kayu Manis
5 butir Buah Pelaga
Minyak - ikut suka

Periuk

CARANYA:-

1. Rebus Ayam dan ambil isi ayam untuk dicarik-carikkan buat taburan.

2. Kisar Bawang Putih, Bawang Merah dan Halia.

3. Panaskan periuk dan masukkan Minyak. Tumis bahan-bahan yang dikisar dan rempah lepas itu didalam periuk. Bila sudah naik bau, masukkan Rempah Soto.

4. Selepas itu, masukkan air rebusan ayam, lengkuas dan serai. ( Nota: Kalau suka boleh masukkan sup bunjut). Biarkan ia mendidih dan bila mendidih tutupkan api.

5. Hidangkan bersama Nasi Himpit/Mee Hoon, Bawang Goreng, Daun Sup, Taugeh, Sambal Kicap Cili Padi dan Begedil Daging.

RESEPI SAMBAL KICAP CILI
====================
BAHANNYA:-
1/2 cawan Kicap Manis
5 biji Bawang Putih
10 biji Cili Padi
1/4 cawan Air Masak
Garam Gula

CARANYA:-
Kisar rata bahan-bahan diatas dan tambah garam gula ikut citarasa.

RESEPI BEGEDIL DAGING
==================

BAHANNYA:-
500gm Kentang
1/2 cawan Daging Cincang ( direbus terlebih dahulu baru dicincang)
2 biji Telur
1 sudu kecil Lada Sulah
1/2 cawan Bawang Goreng
1 batang Daun Sup
Garam secukup rasa

CARANYA:-

1. Kupas kentang dan selepas itu goreng kentang sehingga kekuningan. Lenyek kentang semasa masih panas hingga lumat.

2. Satukan bawang goreng, daun sup, lada sulah, daging cincang dan garam. Gaul rata.

3. Ambil sedikit adunan lalu dibulat-bulatkan dan leperkan sedikit.

4. Pukul Telur dan celup Begedil Daging kedalam telur itu. Lalu goreng sehingga keperangan. Siap untuk dihidangkan.

BAHAN-BAHAN SAMPINGAN
=================

Nasi Himpit - direbus
Daun Sup - dihiris halus
Bawang Goreng
Taugeh
Soo Hoon - tanpa dicuci digoreng & diangkat bila sudah jadi keropok.
Kacang Goreng

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...