Friday 10 July 2015

KUKIS COKELAT CHIPS RANGUP


Patut cuba kukis ini. Kukis ini amat sedap & rangup. Pasti dapat pujian. Istimewanya doh ini boleh disejukbekukan atau disimpan didalam peti sejuk. Kepada yang malas hendak mengabiskan doh kukis ini. Simpan sahaja dohnya dipeti ais. Bila mood rajin atau ada kelapangan masa bakarlah kukis ini.



Sebenar resipi ini diperolehi daripada salah satu blog tapi disebabkan terlalu lama menyimpan, Szen tidak pasti daripada sumber ini didapati. Mohon dihalalkan oleh pembuat resepi ini. 


COKELAT CHIPS RANGUP
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHAN-BAHANNYA:
227gm Mentega, dilembutkan
1 cawan Gula Pasir
1 cawan Gula Perang
2 biji Telur gred A
2 sudu kecil Esen Vanila (Nota: Szen suka gantikan dengan esen kopi)

3 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
2 sudu kecil Air Panas
1/2 sudu kecil Garam
2 cawan Cokelat Chips
1 cawan kacang walnut (Nota: pilihan kalau tak nak pun tak apa)

CARANYA:-

1. Panaskan oven pada 175 degree C atau 350 degrees F. Oven diletakkan dimode tanpa kipas.

2. Pukul bersama mentega, gula pasir dan gula perang sehingga lembut dan sebati.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Bila sebati masukkan esen vanila atau esen kopi.

4. Soda bikarbonate dikacau bersama air panas. Lalu dimasukkan bersama garam kedalam adunan mentega tadi. Kacau rata.

5. Masukkan tepung dan cokelat chips. Kacau rata. Bater agak lembut. Kena guna sudu untuk meletakkannya diatas dulang.

6. Ambil sesudu kecil atau besar dan diletakan diatas dulang. Jarakkan sikit sebab bater akan mengembang. (Nota: saiz ikut citarasa sendiri.)

7. Bakar selama 10 minit atau sehingga bawah cokelat. Setiap oven tahap kepanasan berbeza. (Nota 1: kukis akan lembut bila dikeluarkan dari oven. Bila sejuk kukis akan keras.) ( Nota 2: kalau nak kukis lebih rangup tambah 3 minit waktu membakar.)

8. Pastikan kukis dah sejuk baru dimasukkan kedalam balang.

9.Kalau malas hendak habiskan doh, simpan sahaja di Peti Ais. Atau disejuk beku. Bila hendak bakar semula,letak semula diluar supaya lembut. Dan bakar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...