Monday 20 July 2015

JELLY PELLY FRUIT KOTAIL


Jelly Pelly Fruit Koktail ini teramatlah mudah dibuat dan teramat sedap bila dimakan. Sesuai dibuat untuk hidangan pencuci mulut buat tetamu. Kepada wanita bekerjaya cuba resipi ini.


Resipi ini tidak memerlukan masa yang banyak atau kerja yang banyak. Hanya 20 minit sahaja semua dah siap dibuat. Jom cuba pasti anak dan suami teruja. Jom cuba & SHARE resepi ini. Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.


JELLY PELLY FRUIT KOTAIL

BAHANNYA:-
DIMASAK BERSAMA:
1 peket Serbuk Agar-Agar Segera Tanpa Perisa & Warna
1 liter Air Kosong
5 sudu besar Gula Pasir- ikut suka kemanisan
2 titis Pewarna Kuning

1 tin Longan
1 tin Laici
1 tin Fruit Coktail
1 tin Nata Decoco @ ikut suka

Acuan @bekas Jeli

CARANYA:-

1. Masak Serbuk Agar-Agar dengan Air Kosong dan Gula. Bila semua bahan larut dan mendidih, masukkan Pewarna kuning. Kacau rata dan tutup. (Nota: Pastikan jelly itu tidak terlalu manis. Jelly sepatutnya manis-manis buah sahaja. Ini kerana setelah dicampurkan air buah kotail. Ia akan menjadi manis.)

2. Tuang kedalam acuan Jeli dan sejukkan diluar selama 1 jam. Selepas sejam masukkan kedalam petiais.

3. Campurkan buah-buahan tin termasuk airnya kedalam bekas dan kacau rata. Simpan didalam petiais.

4. Bila jeli dah set dan buahan kotail dah sejuk. Ambil sepotong @ beberapa potong jeli letakkan kedalam cawan jeli atau mangkuk dan tuang air buahan berserta buahnya keatas jeli. Siap untuk dimakan Jeli Pelli Kotail.

Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...