Saturday 11 July 2015

KEK PELANGI MADIHAH


Kek Pelangi Madihah dibuat dan dihiasi cantik oleh anak Sahabat Szen, Puan Zalina Yusof. Walaupun Madihah ini sibuk dengan pengajian diperingkat Universiti di Australia. Namun masih boleh menghasilkan kek yang cantik dan sedap ini.
Kecekapan didalam menghias kek ini yang sedap ini setanding chef terkemuka.  Hebat & Tahniah. Terima kasih sahabatku Zalina & anaknya, Madihah atas kesudian berkongsi resepi Kek Pelangi Madihah yang sedap ini.




RESEPI KEK PELANGI @ RAINBOW CAKE
(Oleh : Sharizen  Kitchen )

BAHAN2NYA:-
500 gm Mentega, dilembutkan
2 1/3 cawan Gula Castor
4 sudu kecil Esen Vanilla
6 biji Telur
5 Cawan Tepung Naik Sendiri
1 1/3 cawan Susu Segar
2 sudu kecil Pewarna Merah, Oren, Hijau, Kuning, Ungu dan Biru- kepekatan warna bergantung kepada kesukaan.
6 bekas bersaiz sama

CARANYA:-

1. Panaskan oven pada 180C dan gliskan bekas dengan mentega dan alas dengan kertas minyak.

2. Pukul Mentega dan Gula bersama Esen Vanila sehingga kembang dan putih.

3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan dipukul rata. Selepas itu masukkan selang seli Tepung dan Susu Segar dan pukul rata. Buat sehingga habis.

4. Bahagikan adunan kek kepada 6 bahagian kedalam 6 mangkuk berasingan. Titiskan setiap mangkuk warna yang berbeza dan kaup rata.

5. Masukkan enam adunan tepung kedalam bekas masing-masing dan bakar selama 20-30 minit sehingga masak atau bila dicucuk dengan lidi keluar bersih. Setiap oven mempunyai tahap kepanasana yang berbeza.Pastikan kek-kek itu sejuk sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari bekas dan untuk sapuan frosting.

6. Bila kek sejuk,gunakan 'cake leveler' untuk meratakan kek tadi dan sapukan rata Cream Cheese Frosting keatas kek pertama. Lakukan proses yang sama keatas adunan kek yang lain. Pastikan lapisan adunan kek yang telah dimasak itu mengikut warna turutan pelangi. Lapisan adunan kek kedua diatas adunan kek pertama. Lakukan proses yang sama.

7. Akhir sekali ratakan saki baki Cream Cheese Frosting itu keatas adunan terakhir atau permukaan atas. Selamat mencuba.


RESEPI UNTUK KRIM KEJU FROSTING
BAHAN2NYA:
3 pek Krim Keju
250 gm Mentega, dilembutkan
1 cawan Gula Castor
Gula Icing - ikut suka & diayak

CARANYA:-

1. Campurkan bahan-bahan diatas dan pukul sehingga kembang dengan Pemukul Kek Elektrik.

2. Ketepi dan simpan dalam petis sejuk untuk diguna kemudian.

*** TIPS*** Tambah Gula Icing ikut rasa manis kesukaan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...