Wednesday 22 July 2015

KANDI KELAPA WANGI

Tiba-tiba mak tersayang Szen cakap teringin nak makan kandi kelapa. Suruh Szen buat. Buat Bonda tersayang apa-apa sahaja dituruti. Kandi Kelapa Wangi ini agak famous zaman dulu- dulu.
Kini semakin dilupakan. Rasanya amat sedap, manis dan wangi. Nama pun kandi kan. Semestinya sedap. Boleh tahan sampai 2 minggu. Jom buat dan gembirakan hati anak-anak. Cuba Resepi Kandi Kelapa. Rugi kalau tak cuba. Jom Cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


KANDI KELAPA WANGI
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:
3 cawan Kelapa Parut Putih- bila disukatkan kedlm cawan sila pastikan kelapa dipadatkan
2 cawan Gula Pasir
3/4 cawan Susu Cair

1 sudu besar Mentega @Margerin
Esen Rose
Pewarna

Kuali Non Stick
Sudip Kayu
Bekas 20 cm × 20 cm

CARANYA:

1. Masukkan Kelapa Parut, Gula Pasir Dan Susu Cair kedalam kuali non stick.

2. Panaskan diatas api sederhana panas dan kacau sebati.

3. Bila gula cair masukkan Mentega dan kacau rata.

4. Bila rata masukkan esen ros dan kacau rata lagi.

5. Bila rata titiskan Pewarna dan kacau sehingga warna sekata.

6. Kacau sehingga adunan dah tak melekat dikuali. Adunan bergumpal dan kental. Kalau masih tidak bergumpal dan terlekat dikuali. Itu bermakna belum cukup matang. Sekurang-kurangnya perlu kacau dalam masa 30-40 minit.

7. Apabila adunan sudah menjadi kental. Pindahkan adunan kebekas yang dah disapu mentega dan dialas dengan plastik yg disapu mentega. Tuang adunan atas plastik bermentega dan ratakan dengan plastik. Awas adunan panas.

8. TIPS: Salah satu cara nak test samada sudah masak atau tidak ambik sedikit dan dimasukkan kedalam air sejuk. Kalau masih bergentel. Maksudnya dah cukup masak.


Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...