Sunday 26 July 2015

LEMPENG SAGO ROSE

Siapa pernah makan Lempeng Sago Rose. Sedap teramat bila dicicah dengan kuah kari @ sambal dan minum secawan kopi. Perghhh sedap teramat. Hujan-hujan ni mesti perut anak dan suami terasa lapar.


Jadi cuba kelainan dan hidangkan Lempeng Sago Rose dari sahabat Szen Puan Lizarose Abdullah yang sentiasa memapar resipi masakan kampung yang amat sedap. Terima kasih sahabatku, Lizarose. Jom cuba & SHARE resipi ini. Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.


LEMPENG SAGO ROSE
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-
2 cawan sagu biji
1 cawan kelapa parut - putih sahaja.
Sedikit garam
Sedikit minyak masak

CARANYA:-
1. Sagu biji direndam selama 5 minit. kemudian dibasuh dan toskan.

2. Gaulkan biji sagu dengan kelapa parut dan garam sekadar terasa masin sudah mencukupi.

3. Panaskan kuali dan lenser dengan sedikit minyak kelapa.

4. Letakkan segenggam atau sesenduk adunan dan bulatkan macam buat kuih dadar. Jangan terlalu tebal.

5. Tutup adunan di dalam kuali dengan tudung periuk lebih kurang lima minit atau sehingga sedikit garing di bawahnya. Tidak perlu diterbalikkan.

6. Angkat dan gulung. Boleh dimakan bersama sambal tumis atau kari ayam.

7. Lempeng ini walaupun sejuk tapi ia tetap lembut.

SELAMAT MENCUBA ~



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...