Friday 10 July 2015

NASI HUJAN PANAS DAGING SAMBAL HITAM


Cuaca asyik hujan panas aje. Jadi Szen pun masaklah Nasi Hujan Panas Daging Sambal Hitam kepada tetamu yang datang bertemakan cuaca sekarang ni. Pujian demi pujian diterima.
Hati tersenyum riang kepuasan. Resepi ini sungguh sedap & mudah aje. Nasinya boleh ditanak di rice cooker. Tak payah susah. Lauk Daging Sambal Hitam bukan sahaja boleh dimakan bersama Nasi Hujan Panas tetapi juga dengan Lemang atau Pulut Tetal. 


NASI HUJAN PANAS DAGING SAMBAL HITAM
Oleh : Sharizen Kitchen


RESEPI NASI HUJAN PANAS VERSI SZEN
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA:
3 cawan beras Basmathi ~ rendam dahulu 20 minit kemudian cuci dan toskan (Nota: jika ingin masak lebih hanya doublekan susu & air termasuk Minyak & Mentega)

2 sudu besar Minyak Sapi
1 sudu besar butter

2 1/2 cawan Air Panas
1 cawan Susu Cair@ Susu Segar
1 Kuib Ayam Knorr @Maggie

Pewarna Merah, Hijau dan Kuning Telur
Garam secukup rasa

REMPAH LEPAS:
1 kulit Kayu Manis
1/2 biji Biji Pala
4 biji Cengkih
4 biji Pelaga
1 helai daun pandan di simpul


CARANYA:
1.Panaskan minyak sapi dan butter.

2.Tumiskan rempah lepas dan daun pandan hingga terbit bau yang harum.

3.Masukkan beras dan tambahkan Susu Cair, Air Panas,Kuib Ayam dan garam secukup rasa. Kacau rata. (Nota: Pastikan Air Panas cukup untuk menanak nasi)

5. Tutup Periuk Nasi dan tanak nasi seperti biasa

6. Bila nasi dah masak, ambil chopstik dan lubang-lubangkan nasi. Masukkan sedikit pewarna didalam setiap lubang. Tutup semula periuk nasi dan biarkan ia meresap sebentar. Kemudian gemburkan nasi rata. Tunggu nasi sudah betul-betul masak dan kering. Hidangkan.

7.Sedia di hidangkan bersama Daging Sambal Hitam dan lauk - pauk yang sesuai.



RESIPI DAGING SAMBAL HITAM VERSI SZEN
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA:-
1 kilo Daging Lembu@ Kambing@Rusa - dipotong dadu ( Nota: Kalau hendak masak 500 gm Daging, kurangkan bahannya kepada setengah. Admin suka masak lebih boleh disimpan disejukbeku. Dan bila perlu boleh dipanaskan semula. Bertambah sedap)

REMPAH LEPAS:
4 kuntum Cengkih
4 biji Buah Pelaga
1 1/2 batang Kulit Kayu Manis

DIKISAR BERSAMA:
4-5 sudu besar Cili Kisar - kepedasan ikut suka
2 batang Serai
2 inci Halia
10 ulas Bawang Merah
8 biji Bawang Putih

1/2 sudu besar Jintan Manis
1/2 sudu besar Jintan Putih

1 biji Tomato Saiz Besar - dipotong empat
1 biji Cili Hijau- dibelah
1 peket Kerisik
10 sudu besar Kicap @ ikut suka kehitaman kuah

3 cawan Air Biasa @ lebih untuk mereneh daging
1/2 mangkuk kecil Minyak- untuk menumis
Garam Gula


CARANYA:
1. Panaskan kuali atau periuk. Bila panas masukkan rempah lepas dan kacau.

2. Bila naik bau, masukkan Bahan Kisar dan Jintan Manis serta Jintan Putih. Kacau rata sehingga garing atau bahan kisar dah masak.

3. Masukkan Daging. Kacau rata. Masukkan Kerisik dan 3 cawan Air biasa @ lebih untuk mengempukkan daging. Kacau rata.

4. Masukkan Tomato dan Cili Hijau dan terus kacau rata. Tutupkan setengah kuali atau periuk dengan tudung dibawah api sederhana panas. (Nota Petua: Masukkan sudu besar besi untuk cepatkan daging empuk).

4. Bila daging empuk dan kuah semakin pekat masukkan kicap dan kacau. Bila kuah pekat rasa samada cukup masin manis. Kalau kurang tambah. Ikut citarasa masing-masing.

5. Hidangkan dengan Nasi Hujan Panas atau Lemang dan sebagainya. Selamat Mencuba.




2 comments:

  1. Mmm..sedapnye, lama x makan nasi hujan panas

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marzuki Mohd terima kasih singgah blog kami. Cubalah buat memang ...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...