Saturday 18 July 2015

MASAK LEMAK SIPUT SEDUT

Masak Lemak Cili Padi Siput Sedut, Siapa yang tak suka. Lagi- lagi resipi yang tidak perlukan sebaran penggunaan bawang.

Resepi ini daripada sahabat Szen, Puan Suraya Salim, Cukup sedap dan mudah untuk dicuba. Terima kasih sahabatku Suraya. Jom cuba & SHARE resipi ini ~ Sharizen Kitchen.


MASAK LEMAK CILI PADI SIPUT SEDUT
(Oleh : Sharizen Kitchen)

Bahan-Bahan :-
1 Kilo Siput Sedut ( Ditetak ekornya)
10 Biji Cili Padi ( Campuran Merah & Hijau) Di Tumbuk
1/2 Inci Kunyit Hidup ( Ditumbuk Sekali Dengan Cili Padi)
! Biji Kelapa ( Asingkan Pati Santan & Santan Cair)
Garam Secukup Rasa
Gula Secukup Rasa

Cara Memasak :-

1. Leburkan Kesemua Bahan-Bahan Kecuali Santan Pekat.

2. Pastikan DiKacau-Kacau. Bila Kuah Mendidih, Masukkan Pati Santan. Pastikan Rasanya Sesedap Lidah Kita.

3. Hidangkan Dengan Nasi Panas. Atau Disedut Begitu Sahaja.


***TIPS : Nak Mudah Blender Aje Cili & Kunyit Bersama Santan Cair. Kalau Malas Nak Perah Santan. Guna Aje Santan Kotak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...