Friday 10 July 2015

JELLI MELLI KOKTAIL







Tidak tahu samada kita notis atau tidak, cuaca semakin redup dan sejuk sebaik masuk sepuluh malam terakhir Ramadhan. Hujan lebat pepagi subuh. Alhamdulillah. Walaupun cuaca masih panas tapi masih ‘bearable’ berbanding awal Ramadhan.  



Pagi ini langit kelihatan mendung aje.  Semalam hari Khamis malam ke-23 Ramadhan. Adakah malam semalam malam lailaturqadar?

Hanya Allah swt sahaja mengetahuinya. Namun kita sebagai hambanya haruslah rebut atau carilah malam Al-Qadar malam yang lebih baik dari seribu bulan.  Semoga ibadah dan doa-doa kita semua diterima oleh Allah swt. Aamiin.

Cuba resipi Jelli Melli Koktail yang amat mudah & sedap ini. Mampu menyejukkan badan yang panas dan pasti menjadi rebutan ramai. Selamat mencuba.



RESIPI JELLI MELLI KOKTAIL
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHAN2NYA:-

BAHAN UNTUK JELI:-
2 kotak Jeli Instant Strawberi@ikut suka.

500ml Air Untuk Setiap Kotak. Jadi diperlukan 1000ml@1 liter Air untuk 2 kotak
(NOTA: Arahan kotak mengatakan 400ml Air digunakan untuk setiap kotak. Tapi admin buat 500ml.)

Bekas Untuk letak Jelli Melli Koktail

CARANYA:

1. Masak Jeli seperti arahan dikotak kecuali tambahkan air dari 400ml untuk setiap kotak menjadi 500ml untuk setiap kotak.

2. Bila adunan jeli dah mendidih tutupkan api. Tuang separuh didalam setiap bekas individu dan sejukkan.

3. Bila jeli dah sejuk@mudah dipegang@kenyal, perlahan-lahan tuang adunan susu koktail keatasnya dan sejukkan kedalam petiais. Bila sejuk siap untuk dimakan.


BAHAN UNTUK SUSU KOKTAIL
1 tin besar Buah-buahan Campuran (Fruit Cocktail)- tapis dibuang airnya
1 tin Buah Longan - tapis dibuang airnya
(Nota: Buah-buahan ikut suka)
1 kotak kecil Yoghurt Perisa Strawberi @ikut suka
1/2 tin Susu Pekat
1/2 tin Susu Cair
500 ml Susu Segar

CARANYA:-
1. Buah-buahan tin ditapis & dibuang airnya. Dan masukkan kedalam bekas besar.

2. Tuang susu pekat, susu cair, yoghurt dan susu segar kedalam bekas yang diletakkan buah-buahan tadi.

3. Kacau rata dan rasa. Sekiranya manis sangat tambah susu segar untuk mendapat kemanisan yang disukai. Sejukkan didalam petiais sementara menunggu jeli sejuk dan set @keras.

4. Bila jeli dah set @ boleh dipegang @kenyal perlahan-lahan tuangkan koktail susu keatasnya dan sejukkan didalam petiais.

5. Bila sejuk siap untuk dimakan.
Selamat Mencuba~ Sharizen Kitchen


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...