Tuesday, 14 July 2015

APAM PISANG GEBU

Apam Pisang Kukus rasanya sungguh sedap, gebu & moist. Lagi satu mudah & ringkas buatannya. Apam Pisang ini tidak dibakar tapi dikukus.
Sesuai untuk dibawa kemajlis dan keramaian. Dengan menghidangkannya, pasti akan jadi rebutan dan kegemaran. Jom Cuba. Silakan 'SHARE' ~Sharizen's Kitchen.


RESIPI APAM PISANG KUKUS
(Oleh : Sharizen Kitchen )

BAHANNYA:
4 biji Telur Saiz A
170gm Gula Pasir
170gm Mentega Cair@ Minyak Sayuran
( Nota: seeloknya mentega dicairkan dahulu & disejukkan)
350 gm Pisang - dilenyek ( Nota: sebarang jenis Pisang Manis )

DIAYAK BERSAMA:
250gm Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk Penaik
1 sudu kecil Soda Bikarbonat
Secubit Garam

CARANYA:
1. Panaskan kukusan dan sapukan mentega atau minyak pada bekas 15 cm × 15cm. Ketepikan

2. Pukul Telur dan Gula sehingga sebati. Masukkan Mentega Cair atau Minyak Sayur-sayuran. Gunakan spatula atau senduk untuk kacau rata.

3. Masukkan Pisang yang dilenyek dan gaul rata. Bila rata, masukkan adunan Tepung dan kacau rata. Masukkan kedalam bekas.

4. Bila kukusan dah panas, kukus adunan Apam itu dengan tahap kepanasan tinggi selama 45-50 minit.

5. Selepas 50 minit cucukkan lidi di Apam dan sekiranya lidi keluar bersih. Apam dah masak. Selamat Mencuba, sedapnya tidak terkata. ~Sharizen Kitchen.

*** TIPS*** Sila simpan dipeti sejuk untuk tahan lama.

Resipi ini telah diubahsuai dari resepi asal everybodyeatswell.blogspot.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...