Jelly Pelly Fruit
Koktail ini teramatlah mudah dibuat dan teramat sedap bila dimakan. Sesuai
dibuat untuk hidangan pencuci mulut buat tetamu. Kepada wanita bekerjaya cuba
resipi ini.
Resipi ini tidak memerlukan masa yang banyak atau kerja yang
banyak. Hanya 20 minit sahaja semua dah siap dibuat. Jom cuba pasti anak dan
suami teruja. Jom cuba & SHARE resepi ini. Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.
JELLY PELLY FRUIT KOTAIL
BAHANNYA:-
DIMASAK BERSAMA:
1 peket Serbuk Agar-Agar Segera
Tanpa Perisa & Warna
1 liter Air Kosong
5 sudu besar Gula Pasir- ikut
suka kemanisan
2 titis Pewarna Kuning
1 tin Longan
1 tin Laici
1 tin Fruit Coktail
1 tin Nata Decoco @ ikut suka
Acuan @bekas Jeli
CARANYA:-
1. Masak Serbuk Agar-Agar dengan
Air Kosong dan Gula. Bila semua bahan larut dan mendidih, masukkan Pewarna
kuning. Kacau rata dan tutup. (Nota: Pastikan jelly itu tidak terlalu manis.
Jelly sepatutnya manis-manis buah sahaja. Ini kerana setelah dicampurkan air
buah kotail. Ia akan menjadi manis.)
2. Tuang kedalam acuan Jeli dan
sejukkan diluar selama 1 jam. Selepas sejam masukkan kedalam petiais.
3. Campurkan buah-buahan tin
termasuk airnya kedalam bekas dan kacau rata. Simpan didalam petiais.
4. Bila jeli dah set dan buahan
kotail dah sejuk. Ambil sepotong @ beberapa potong jeli letakkan kedalam cawan
jeli atau mangkuk dan tuang air buahan berserta buahnya keatas jeli. Siap untuk
dimakan Jeli Pelli Kotail.
Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment