Fenomena yang bakal
berlaku dihari raya. Terdapat banyak saki baki makanan yang masih tertinggal. Terutamanya
rendang. Jadi daripada biarkan ia menjadi basi, seloknya saki baki @ leftovers
rendang jangan dibuang atau dibazirkan.
Samada disimpan difreezer ataupun buat sahaja
Murtabak Lapis Capati Rendang. Teramatlah mudah & rasanya pula sungguh
sedap, macam murtabak. Boleh dihidangkan kepada tetamu yang datang. Mesti dapat
pujian.
MURTABAK LAPIS CAPATI
RENDANG
Oleh : Sharizen Kitchen
BAHANNYA:- *(untuk bekas saiz
20cm× 20cm).
4- 5 Capati @ Roti Canai Brand
Kawan
1 mangkuk Rendang Ayam@ Daging -
dicarik-carik @dicincang. Tambah kuahnya. Gaul rata.
1 biji Cili Merah - dihiris
1 biji Cili Hijau - dihiris
5 biji Telur - dipukul &
tambah sedikit garam
Keju Parut secukupnya - pilihan (
tapi admin letak)
Bekas - 20 cm × 20 cm- diglis
minyak.
CARANYA:
1. Panaskan oven pada 175F.
Gliskan bekas dan ambil sekeping Capati lalu dilapikkan didalam bekas. Taburkan
Rendang, cili merah, cili hijau dan keju parut.
2. Lepas itu, tuang adunan telur
keatas lapisan itu. Biar menutupi lapisan itu. (Nota: Jangan terlalu banyak
memadai sekadar menutupi lapisan itu.)
3. Buat lapisan kedua dan
seterusnya seperti diatas.
4. Untuk lapisan terakhir tutup
dengan capati. Tuang adunan telur dan tekankan supaya tenggelam dengan telur.
Tabur keju parut dan bakar selama 20-25 minit atau adunan kecoklatan.
5. Bila sejuk potong dan
hidangkan bersama Cili Sos ataupun Bawang jeruk.
No comments:
Post a Comment