Friday, 10 July 2015

SPAGETTI MARINARA SEAFOOD


Malas nak makan nasi dan makanan daging. Cuba masak Seafood Marinara Spaghetti sedap teramat. Lag-lagi sosnya dibuat sendiri. Bukan sos instant yang beli dipasaraya.
Lagi-lagi cara penyediaannya amatkan ringkas dan mudah. Tidak memening dan rasanya pula sungguh lazat. Paparan resepi kali ini dikongsi oleh sahabat Szen, Puan Suriya Ismail. Puan Suriya ini memang pakar dalam masakan western. Jadi jangan ragu-ragu cuba, In Shaa Allah menjadi kegemaran keluarga. Terima kasih sahabatku, Suriya atas perkongsian ini.


SEAFOOD MARINARA SPAGHETTI
Oleh : Sharizen Kitchen

BAHANNYA:
1 peket Spaghetti - direbus & masukkan sesudu besar Minyak Zaitun
1 pokok Daun Bawang Kuning
Minyak Zaiton

BAHAN : B
1 biji Bawang Besar
2 ulas Bawang putih
3 biji Tomato
3 batang Seleri
1/2 batang Lobak Merah
1 camca kecil Italian Herbs
1 tin kecil Pes Tomato
Cendawan Butang - dihiris & kuantiti ikut suka
1 keping Kuib Ayam
3 mangkuk Air

BAHAN: C (kuantiti ikut suka)
Udang
Sotong
Lala/ kupang

Garam
Gula

CARA SOSNYA:

1 . Tomato,Bawang besar,Batang Seleri dipotong mendadu.

2 . Lobak Merah dan bawang putih hiris bulat.

3. Masukkan kesemua bahan B dalam kuali atau periuk.

4. Masak sampai sayuran semua lembut lebih kurang 15 minit.

5. Kemudian sekali masuk kan bahan C dan masukkan gula garam ikut rasa lidah. Siap untuk dihidang

CARA REBUS SPAGHETTI
======================

1. Masukkan Air dalam periuk besar untuk rebus Spaghetti. Letak minyak sedikit dan bila air mendidih,masuk spaghetti. (Nota: Minyak dititiskan kedalam air rebusan supaya Spaghetti tidak melekat-lekat.

2. Lepas tos airnya gaul spaghetti dgn minyak( minyak kelapa pun boleh) bila sejuk taburkan dgn daun bawang.

3.Masukkan spaghetti dalam satu plastik buat satu adunan dan kemudian simpan dlm peti sejuk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...