Tiba-tiba mak tersayang
Szen cakap teringin nak makan kandi kelapa. Suruh Szen buat. Buat Bonda
tersayang apa-apa sahaja dituruti. Kandi Kelapa Wangi ini agak famous zaman
dulu- dulu.
Kini semakin dilupakan. Rasanya amat sedap, manis dan wangi. Nama
pun kandi kan. Semestinya sedap. Boleh tahan sampai 2 minggu. Jom buat dan
gembirakan hati anak-anak. Cuba Resepi Kandi
Kelapa. Rugi kalau tak cuba. Jom Cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.
KANDI KELAPA WANGI
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:
3 cawan Kelapa Parut Putih- bila
disukatkan kedlm cawan sila pastikan kelapa dipadatkan
2 cawan Gula Pasir
3/4 cawan Susu Cair
1 sudu besar Mentega @Margerin
Esen Rose
Pewarna
Kuali Non Stick
Sudip Kayu
Bekas 20 cm × 20 cm
CARANYA:
1. Masukkan Kelapa Parut, Gula
Pasir Dan Susu Cair kedalam kuali non stick.
2. Panaskan diatas api sederhana
panas dan kacau sebati.
3. Bila gula cair masukkan
Mentega dan kacau rata.
4. Bila rata masukkan esen ros
dan kacau rata lagi.
5. Bila rata titiskan Pewarna dan
kacau sehingga warna sekata.
6. Kacau sehingga adunan dah tak
melekat dikuali. Adunan bergumpal dan kental. Kalau masih tidak bergumpal dan
terlekat dikuali. Itu bermakna belum cukup matang. Sekurang-kurangnya perlu
kacau dalam masa 30-40 minit.
7. Apabila adunan sudah menjadi
kental. Pindahkan adunan kebekas yang dah disapu mentega dan dialas dengan
plastik yg disapu mentega. Tuang adunan atas plastik bermentega dan ratakan
dengan plastik. Awas adunan panas.
8. TIPS: Salah satu cara nak test
samada sudah masak atau tidak ambik sedikit dan dimasukkan kedalam air sejuk.
Kalau masih bergentel. Maksudnya dah cukup masak.
Selamat Mencuba ~
Sharizen Kitchen.
No comments:
Post a Comment