Bila teringat kek buah
pasti teringat kek buah kukus @ bakar yang padat dan basah. Sekali-kala tukar
selera dengan Kek Buah Chiffon Suriya ini kiriman sahabat Szen Puan Suriya
Ismail.
Kek yang gebu lembut sedap ini pasti memberi kejutan kepada and
Rasanya teramatlah sedap. Rugi kalau tak cuba. Terima kasih sahabatku, Suriya.
Jom cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.Kek yang gebu lembut sedap ini pasti memberi kejutan kepada and
KEK BUAH CHIFFON SURIYA
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:-
8 biji Telor - di asingkan putih dan kuning
1/2 sudu kecil Krim Tartar
150 gm Gula Halus
1/2 sudu teh Garam
230 gm Tepung Gandum
2 sudu kecil Baking Powder
2 biji Pisang - dilenyek
125 ml Minyak Jagong
150 gm Gula Halus
1/2 sudu kecil Vanila
120 gm Kismis
7 biji Halwa Ceri - dipotong kecil
Bekas Kek Chiffon - diglis@ sapu dengan minyak
CARANYA:
1. Panaskan oven pada suhu 180 C. Pukul telor putih, krim
tartar dan gula 150gm pertama sampai jadi meringue(gebu mcm kapas).
2. Dalam bekas yg lain ayak dan campurkan tepung serbuk
baking powder garam pisang kuning telor gula minyak vanila kacau dgn senduk
sampai sebati.
3. Kemudian masukan meringue sedikit2 dan balik2 kaup
hingga rata.
4. Akhir sekali tuang dlm acuan loyang chiffon berselang
seli dgn buah dan kismis.
5. Bakar suhu 180 sama 45 minit. Setiap oven mempunyai
kepanasan tersendiri.Bila dicucuk lidi licin kek sudah masak dan tutup oven.
Sejukkan kek sebelum dihidang.
No comments:
Post a Comment