Saturday, 25 July 2015

BROWNIES MERAH SUTERA

Hari ini Szen kongsi resepi brownies versi merah sutera. Biasa kalau ingat brownies mesti ingat warna coklat gelap dan perasa coklat yang teramat manis. Resepi Brownies Merah Sutera ini tidaklah terlalu manis dan terasa coklatnya menepati citarasa Szen yang tidak begitu menggemari sesuatu yang terlalu manis.


Bila makan tidaklah rasa susah hati akan kencing manis. Rasanya teramatlah sedap berlemak manis. Yang pasti siapa yang merasa akan makan & buat berkali-kali. Yummy teramat sedap. Jom cuba dan KONGSI resepi ini ~ Sharizen Kitchen.


BROWNIES MERAH SUTERA
(Diubahsuai Oleh : Sharizen Kitchen)
(Resepi asal dari Food.com oleh Sunny Anderson.)

BAHANNYA

BAHAN UNTUK LAPISAN BROWNIES
125gm Mentega- dilembutkan
1 cawan Gula Castor
1 sudu kecil Esen Vanilla
1/4 cawan Serbuk Koko
Secubit Garam
1 sudu besar Pewarna Merah
1 sudu kecil Cuka
2 biji Telur
3/4 cawan Tepung Gandum
1/4 Walnut yang dipanggang

BAHAN UNTUK LAPISAN KEJU
8 oz Cream Cheese
1/4 cawan Gula Castor
1 biji Telur
1/2 sudu Esen Vanilla

Bekas 8×8 inchi

CARANYA:-

1.Panaskan oven pada 350F/170C dan gliskan bekas.

2. Cairkan mentega dan bila mentega cair alihkan kedalam bekas besar. Masukkan gula, esen vanilla, garam,serbuk koko, pewarna merah dan cuka. Pukul sampai rata.

3. Pukul Telur dibekas lain dan masukkan kedalam bekas adunan koko. Kaup sampai rata.

4. Masukkan tepung gandum dan kaup lagi sampai adunan sebati. Tuang adunan kedalam bekas. Tinggalkan 1/4 adunan untuk buat 'marbling diatas lapisan keju nanti.

5. Untuk lapisan keju, campurkan kesemua bahan dalam bekas dan pukul sampai kembang dan rata. Tuang secara cermat keatas lapisan brownies. Ratakan dengan spatula.

6. Ambil 1/4 baki adunan Brownies tadi dan sudukan keatas keju secara bertompok-tompok. Selepas itu ambil lidi lalu dilukisan seperti marbling.

7. Bakar selama 30 minit atau apabila dicucuk lidi keluar licin. Pastikan jangan sampai terlalu lama membakarnya. Nanti brownies menjadi teramat keras. Setiap kepanasan oven berbeza.


8. Bila masak, keluarkan dari oven dan disejukkan sepenuhnya sebelum memotong. Boleh disimpan didalan petiais selama 1 minggu. Selamat Mencuba~ Sharizen Kitchen.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...