Sedap banget, lembut
& berjagung. Itu yang boleh dikatakan mengenai Resepi Muffin Jagung Kukus.
Memikat selera admin dan rakan-rakan.
Mufin Jagung Kukus yang enak ini kiriman
sahabat Szen YM Raja Rozela Mohd Rasdi yang sering berkongsi resepi-resepi yang
enak banget. Terima kasih Rozela. Jom cuba & KONGSI resipi ini ~ Sharizen Kitchen.
RESEPI MUFFIN JAGUNG KUKUS
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:-
BAHAN A
2 cawan Tepung Gandum
1 sudu kecil Serbuk Penaik @ Baking Powder
1 sudu kecil Soda Bikarbonate
1 sudu kecil Garam
BAHAN B
1 cawan Jagung BerKrim (yang didalam tin)
1 cawan Minyak Sayuran
1 cawan Gula Pasir
1 biji Telur
Bekas Plastik
Kukusan
CARANYA:-
1. Panaskan kukusan.
2. Ayak Bahan A dan gaulkan dengan Garam. Ketepikan.
3. Pukul Gula dan Telur hingga sebati. Masukkan Minyak
Sayuran.
4. Kemudian masukkan adunan BAHAN A sedikit demi
sedikit supaya tidak berketul. Gaul hingga rata.
5. Masukkan adunan kedalam acuan plastik atau acuan
kertas yang beralas bekas aluminium mufin. Masukkan hanya setengah daripada
acuan itu. Mufin akan mengembang. (Nota: Boleh letakkan lebihan jagung diatas
Mufin itu sebelum dikukus).
6. Kukuskan selama 25 -30 minit atau sehingga cukup
masak atau setelah dicucuk tengah lidinya tidak bersalut tepung mentah.
7. Sedia untuk dihidangkan. Selamat Mencuba ~ Sharizen's Kitchen.
No comments:
Post a Comment