Siapa suka rendang tapi
malas nak buat sebab remeh. Cuba Resipi Rendang Daging Negeri ini memang sedap
dan enak. Tidak guna bawang langsung dan yang penting mudah aje.
Resepi ini
hasil air tangan Sahabat Szen, Puan Poziah Zainal yang memang hebat masakan
Negerinya. Terima kasih Poziah. Jom cuba & dipersilakan 'SHARE'~Sharizen Kitchen.
RESEPI RENDANG DAGING NEGERI
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:-
1 kilo Daging
1/2 kilo Santan
30 biji Cili Api (ikut citarasa)
3 inci Kuncit Hidup
3 inci Lengkuas
12 batang Serai
1 peket Kerisik
CARANYA:
1. Kisar halus cili padi, kuncit
hidup, 6 batang serai dan lengkuas.
2.Campur bahan dikisar bersama
daging gaul sebati kedalam kuali atau periuk.
3. Masak sehingga daging hampir
empuk dan kering dan masukkan lebihan 6 batang Serai yang telah dititik. Kacau
rata.
4. Setelah kering, masukkan
kesemua santan dan gaul sebati. Masak sehingga kering dan jangan lupa masukkan
garam.
5.Setelah hampir kering masukan
kerisik gaul rata.Teruskan masak sehingga rendang kering atau sedikit berkuah.
Selamat Mencuba ~Sharizen's Kitchen.
No comments:
Post a Comment