Sunday, 12 July 2015

OLLY APPLE-LICIOUS CAKE

Resipi kali ini Olly Apple- Licious Cake kiriman sahabat Szen, Puan Roslin Mohd Ali.  Apa yang admin boleh kek yang berinti apple ini, teramatlah sedap, lembut serta gebu.
Kepada pengemar kek, patut cuba resepi ini. Ia suatu kelainan yang bakal disukai dan pasti akan buat berkali-kali. Terima kasih sahabatku Roslin. Jom cuba & KONGSI resepi ini ~ Sharizen's Kitchen.



OLLY APPLE-LICIOUS CAKE
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHAN2NYA:
3 biji Epal Hijau
60 gm Mentega - dilembutkan
½ cawan gula halus
1 biji telur
1 cawan tepung naik sendiri
¼ cawan susu segar (full cream)
Bekas 22 cm × 22 cm

CARANYA:-

1. Panaskan pada 170C dan gliskan mentega pada bekas. Ketepikan.

2. Basuh, buang biji apple. Potong 4, hiris halus lebih kurang 0.5cm tebal. Rendam dalam air sehingga hendak digunakan.

3. Sebelum gunakan, pastikan tos dulu dan keringkan jika perlu apple yang telah dihiris itu supaya tidak basah. Air akan menyebabkan apple2 tadi merosakkan tepung bancuhan kek.

4. Pukul gula halus dan butter sehingga putih, ringan dan gebu.

5.Masukkan telur dan pukul lagi.

6. Masukkan tepung naik sendiri dan susu segar secara sedikit-sedikit dan perlahan-lahan. Kaup rata.

7.Masukkan bancuhan tepung yg sudah dibancuh ke dalam tempat membakar.

8.Aturkan apple yang telah dihiris halus2 di atas permukaan tepung bancuhan kek tadi (pastikan apple telah kering)

9.Bakar 170C selama 50 min – 1 jam (bergantung kepanasan oven masing2).


10.Selepas siap, rendam sedikit kulit kayu manis, renjiskan air kulit kayu manis tadi di atas kek yang panas.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...