Tuesday, 14 July 2015

LAKSA LEMAK KEDAH

Peminat Laksa kini tiada alasan malas memasak Laksa. Sekarang ini Szen bagi resepi Laksa yang amat mudah ,tak perlu banyak bahan, tak banyak karenah TAPI sedap teramat.
Cuba buat Laksa Lemak Kedah pasti dapat pujian. Jom cuba & dipersilakan 'SHARE' ~Sharizen Kitchen.


RESIPI LAKSA LEMAK KEDAH
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:
Laksa Bihun Cap Cili Merah - direndaman semalaman
1 sudu besar Minyak Sayuran

1 kilo Ikan Tenggiri @ ikan sardin@ ikut suka- direbus
3 biji Bawang Besar
4 biji Bawang Putih
1 batang Serai
Cili Kisar - sukatan ikut suka

4 sudu besar Rempah Kari Ikan
1 kotak Santan @ sukatan ikut suka (Nota: Kalau suka berlemak lebihkan santan)
5 keping Assam Keping - sukatan ikut suka

2 batang Bunga Kantan- dipotong empat
Secekak Daun Kesum
Air secukupnya
Garam Gula

BAHAN TABURAN/ GARNIS
Timun - dihiris
Bawang Besar - dihiris
Cili Hijau & Cili Padi - dihiris
Limau Kasturi- dibelah dua
Telur Rebus - dibelah dua
Bawang Goreng
Daun Selom- dihiris (pilihan)

CARANYA:-

1. Panaskan kukusan dan kukus Laksa Bihun yang telah direndam semalaman selama 15-20 minit. (Nota 1: Kalau Laksa Bihun tidak direndam semalaman atau lama akan mengambil masa yang lama untuk lembut. Nota 2: Laksa Bihun lebih cantik dan sedap dari Laksa Beras. Nota 3: Laksa Bihun tahan lama bila dikukus.).

2. Bila dah masak dan lembut angkat Laksa dari kukusan. Masukkan sesudu Minyak Masak keatas Laksa itu dan perlahan-lahan kacau rata. Ketepikan untuk sejuk.

3. Rebus Ikan dengan air secukupnya dan masukkan sekeping Assam Keping. Bila ikan dah masak. Tutup api dan tapiskan ikan. Air disimpan untuk dimasak kuah laksa nanti.

3. Ikan dibuang tulangnya dan ambil isinya sahaja. (Nota: Tulang dibuang demi kesihatan dan keselamatan. Tak sedap kalau makan terasa tulang atau tercekik tulang ikan.)

4. Kisar isi ikan,bawang besar dan bawang putih bersama air ikan. Bila sudah halus masukkan kedalam periuk besar untuk dimasak.

5. Masukkan juga baki air ikan, daun kesum, bunga kantan,serbuk kari, Air secukupnya dan assam keping.

6. Masak diatas api sederhana. Bila dah mendidih dan semakin pekat masukkan santan,garam dan gula. Kacau rata


7. Tunggu sehingga kuah pecah minyak dan pekat baru ditutup. Siap untuk dihidangkan bersama Laksa Bihun dan taburannya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...