Monday, 13 July 2015

PAPRIK SEAFOOD SPECIAL




Nak masak apa ya hari ni? Tak payah penat-penat, masak aje Paprik Seafood Special, dua dalam satu masakan. Mudah dan Sedap.
Ada udang, sotong dan juga sayur-sayuran. Hidangkan dengan Telur Dadar & Nasi kosong. Sedap sungguh. JOM CUBA. Dipersilakan SHARE ~ Sharizen Kitchen.


RESIPI PAPRIK SEAFOOD SPECIAL
(Oleh : Sharizen Kitchen)

BAHANNYA:-
Udang /Sotong / Ayam/semuanya (dipotong ikut suka)

Sayuran :- Karot, kacang pjg @ buncis, jagung, tomato,cili merah, cili hijau, Bawang Besar atau ikut suka.( dipotong ikut suka)

Cili Padi - dititik ( jumlah ikut suka kepedasan).
8 helai Daun Limau Purut - dicarik-carik

DIKISAR SEMUANYA
6 biji Bawang Merah
5 biji Bawang Putih
2 batang Serai
2 inci lengkuas
2 sudu besar Cili Blender ( ikut suka)

SOSNYA:-
1 sudu besar kicap
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Sos Plum

Garam & gula ikut rasa ( rasa dulu kuah baru tambah.)


CARANYA:-
1.Tumis bahan kisar & daun limau purut sehingga naik bau.

2. Masukkan sotong, udang & sebagainya kedalam kuali. Gaul rata.

3.Bila mendidih, masukkan Sos dan kacau rata. Lepas itu masukkan sayur-sayuran. Kalau terlalu pekat tambah air. Kacau rata.

3. Bila kuah dah pekat dan mendidih atau bahan-bahan dah masak. Rasa garam dan gula ikut rasa lidah. Kalau perlu baru tambah garam dan gula. Tutupkan api.

4. Hidangkan bersama telur dadar, nasi kosong & Timun. Selamat Mencuba.~ Sharizen Kitchen.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...