Siapa pernah makan
Lempeng Sago Rose. Sedap teramat bila dicicah dengan kuah kari @ sambal dan
minum secawan kopi. Perghhh sedap teramat. Hujan-hujan ni mesti perut anak dan
suami terasa lapar.
Jadi cuba kelainan dan hidangkan Lempeng Sago Rose dari
sahabat Szen Puan Lizarose Abdullah yang sentiasa memapar resipi masakan
kampung yang amat sedap. Terima kasih sahabatku, Lizarose. Jom cuba & SHARE
resipi ini. Selamat Mencuba ~ Sharizen Kitchen.
LEMPENG SAGO ROSE
(Oleh : Sharizen Kitchen)
BAHANNYA:-
2 cawan sagu biji
1 cawan kelapa parut - putih
sahaja.
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
CARANYA:-
1. Sagu biji direndam selama 5
minit. kemudian dibasuh dan toskan.
2. Gaulkan biji sagu dengan
kelapa parut dan garam sekadar terasa masin sudah mencukupi.
3. Panaskan kuali dan lenser
dengan sedikit minyak kelapa.
4. Letakkan segenggam atau
sesenduk adunan dan bulatkan macam buat kuih dadar. Jangan terlalu tebal.
5. Tutup adunan di dalam kuali
dengan tudung periuk lebih kurang lima minit atau sehingga sedikit garing di
bawahnya. Tidak perlu diterbalikkan.
6. Angkat dan gulung. Boleh
dimakan bersama sambal tumis atau kari ayam.
7. Lempeng ini walaupun sejuk
tapi ia tetap lembut.
SELAMAT MENCUBA ~
No comments:
Post a Comment